KETUA UNIT
Puan Lim Khee Li
@moh.gov.my
5309
PENGENALAN
Unit Fisioterapi Hospital Sultan Idris Shah Serdang (HSIS) merupakan sebuah unit yang bernaung di bawah Jabatan Rehabilitasi. Unit Fisioterapi terletak di Aras 2 Hospital Sultan Idris Shah Serdang Serdang di dalam Jabatan Rehabilitasi.
Unit Fisioterapi diketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Gred U48 yang bertindak sebagai Ketua Unit. Secara keseluruhannya, Unit Fisioterapi mempunyai 31 Ahli Fisioterapi yang terdiri daripada Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi.
Unit Fisioterapi memberikan perkhidmatan kepada pesakit luar dan dalam termasuk di Pusat Jantung HSIS. Unit Fisioterapi juga terlibat dalam menjalankan program rehabilitasi Kardiak, Pulmonary dan hydrotherapy kepada semua klien HSIS.
Objektif
Memberi perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang professional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence based practice dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang.
Piagam Pelanggan
-
Memberikan layanan mesra, adil dan saksama
-
Menjaga maruah dan kerahsiaan setiap pesakit
-
Memastikan setiap pesakit luar menerima rawatan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran
-
Memastikan setiap kes pesakit dalam yang dirujuk menerima rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja selepas rujukan diterima.