PENGENALAN

Perkhidmatan Jabatan Perubatan Transfusi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang  merupakan salah satu jabatan di bawah Direktorat Perubatan dan Psikiatri yang menyediakan bagi perkhidmatan klinikal dan makmal diagnostik kepada semua jabatan klinikal.

Jabatan Perubatan Transfusi beroperasi sebagai makmal utama yang terletak di Aras 3, Anjung Barat Bangunan Utama, dengan peluasan perkhidmatan ke Pusat Jantung Serdang sebagai makmal satelit yang terletak di Aras 3, Pusat Jantung Serdang.

Jabatan Perubatan Transfusi diketuai oleh seorang Pakar Perunding Perubatan Transfusi , dibantu oleh Pakar Perubatan Transfusi, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan Terlatih, Pembantu Perawatan kesihatan serta Pembantu Tadbir.

Image

Objektif

  • Memberikan perkhidmatan sepanjang masa termasuk konsultasi mengenai amalan transfusi yang wajar, penghantaran bekalan darah dan produk darah yang selamat serta mencukupi tepat pada masanya terutamanya bagi kes-kes kecemasan.

  • Mempertingkatkan kemahiran, kompetensi dan pengetahuan, kakitangan makmal dengan memastikan kakitangan menjalani latihan secara berkala mengikut standard yang ditetapkan.

  • Menyediakan konsultasi dalam bidang transfusi klinikal dan pengurusan darah pesakit yang selaras dengan amalan perubatan berasaskan bukti terkini bagi memastikan penggunaan darah dan komponen darah yang berpatutan.

Piagam Pelanggan

  1. Bekalan darah untuk kes kecemasan akan dikeluarkan dalam masa 30 minit, dengan syarat keadaan sampel adalah memuaskan dan memenuhi kriteria penerimaan sampel.
  2. Siasatan terhadap reaksi transfusi (demam) akan dilaporkan dalam tempoh 10 hari bekerja bermula dari masa makmal menerima permintaan sehingga masa laporan siasatan dikeluarkan oleh Pakar Perubatan Transfusi / Pegawai Perubatan.