PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Kardiotorasik memulakan perkhidmatannya pada Januari 2007. Pembedahan jantung terbuka mula dijalankan pada Julai 2007 dan kes pembedahan torasik pada Januari 2008. Pembedahan jantung kanak-kanak mula memberikan perkhidmatannya pada Oktober 2010.

Hospital Sultan Idris Shah Serdang merupakan satu-satunya hospital dibawah Kementerian Kesihatan di Lembah Klang yang memberikan ’perkhidmatan pembedahan jantung’ , maka liputan perkhidmatan ini merangkumi kawasan Lembah Klang dan menjangkau sehingga ke Ipoh, Seremban, Melaka dan Kuantan. Banyak kes–kes torasik dirujuk dari Institut Perubatan Respiratori HKL, Hosp Sg Buloh, Hosp Ampang, Hosp Selayang, Hosp TAR Kelang, Hosp Seremban dan Hosp Melaka. Selain itu Jabatan ini juga menerima rujukan kes-kes torasik dari Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Carta Organisasi



cartakardiotorasik

 

Objektif

1. Memberi perkhidmatan kardiovascular dan torasik yang professional serta berkualiti kepada pelanggan.

 

2. Menjadi salah satu pusat rujukan Pembedahan Kardiotorasik di Malaysia.

 

3. Menjadi pusat latihan untuk pembedahan kardiotorasik.

 

Piagam Pelanggan