KETUA UNIT PERLINDUNGAN SINARAN

 

syedkhairulhakiminHOUadmin

Puan Siti Normasitah Binti Masduki
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 1344

 

 

PENGENALAN

Unit Perlindungan Sinaran (UPS) ditubuhkan untuk membangun dan mengurus Program Perlindungan Sinaran (PPS) di fasiliti perubatan KKM.

PPS merupakan program yang perlu diwujudkan di semua fasiliti perubatan yang menggunakan sinaran mengion bagi memastikan semua aspek keselamatan, sekuriti dan perlindungan sinaran dapat dipatuhi sepenuhnya

oleh semua pekerja yang menggunakan sinaran mengion dalam perubatan. Ini adalah selaras dengan kehendak Sub-Peraturan 15 (4) dalam Peraturan-Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas)

2010 di bawah Akta 304.

Dengan penubuhan Unit Perlindungan Sinaran, program PPS dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur bagi mencapai objektif keselamatan dan perlindungan sinaran seterusnya memenuhi keperluan regulatori yang ditetapkan di bawah Akta 304.

SIJIL PENDAFTARAN 1

Carta Organisasi



carta organisasi CMC HKKV4 2025

 

Objektif

 

  • Menyelaras pematuhan PPS di fasiliti perubatan KKM secara berpusat melalui Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)
  • Melaksanakan aktiviti PPS secara menyeluruh dan lebih sistematik di setiap jabatan/unit mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
  • Mengasingkan skop tugas klinikal dan PPS yang dijalankan oleh Pegawai Sains (Fizik) (PSF)
  • Memastikan pelaksanaan PPS di fasiliti perubatan KKM dilakukan oleh PSF yang kompeten dan berpengalaman.
  • Menjadi satu pusat penyaluran bajet kewangan daripada Program Penyelidikan & Sokongan Teknikal melalui Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP).
  • Sebagai one stop centre dalam mengurus dan menyelia program perlindungan sinaran di fasiliti perubatan, KKM dari aspek :

–Keperluan sumber manusia bagi Pegawai Sains Fizik

–Pengurusan kewangan/modal insan dan latihan

–Peluasan skop makmal Individual Monitoring Services (IMS) 

–Pelaksanaan program latihan Clinically Qualified Medical Physicist (CQMP)

 

Visi

 

  • Peneraju di fasiliti perubatan KKM bagi pematuhan penggunaan sinaran dalam perubatan dan perkhidmatan fizik perubatan yang selamat, efektif dan berkualiti selaras dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

 

Misi

 

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat kepada:

i.Perancangan dan pelaksanaan PPS selaras dengan keperluan Akta 304.

ii.Pematuhan penggunaan sinaran dalam perubatan 

iii.Pemantauan keselamatan dan perlindungan sinaran  Perkhidmatan fizik perubatan berteraskan transformasi pengetahuan serta teknologi, inovasi dan kualiti.

 

Piagam Pelanggan