KETUA JABATAN
En. Muhammad Azharuddin bin Ab Ghani
5314
PENGENALAN
Unit Penyeliaan berkedudukan di Aras 2, bangunan utama Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Unit ini mula beroperasi pada 26hb Mei 2005 dan mempunyai kakitangan seramai lima (5) orang iaitu seorang Penolong Pegawai Perubatan U42, seorang Penolong Pegawai Perubatan U36 dan dibantu oleh tiga orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang terdiri daripada gred U14, U12 dan gred U3. Unit Penyeliaan ini menyelia dua ketegori kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan .
Jumlah jawatan Penolong Pegawai Perubatan seramai 86 orang dan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 198 orang keseluruhannya . Jawatan yang telah di isi untuk Penolong Pegawai Perubatan seramai 64 orang dan jawatan yang di isi untuk Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 198 orang . Seramai 21 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( sambilan ) mula bekerja pada 1hb Julai 2009 . Masih ada kekosongan seramai 19 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( sambilan ) untuk di isi. Seramai 18 orang PPP bertugas syif di Jabatan Kecemasan dan seramai 46 orang bertugas waktu pejabat di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain .
Manakala PPK seramai 217 orang diletakan bekerja syif di wad dan bekerja di waktu pejabat di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain.
Objektif
Piagam Pelanggan
- Melakukan lawatan penyeliaan (Clinical Supervision) sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi setiap jabatan.
- Mengadakan Kursus,seminar atau bengkel bagi Pen.Pegawai.Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan sekurang- kurangnya 3 kali setahun.
- Memperbaharui sijil Pendaftaran Pen.Pegawai Perubatan (APC) sebelum 30 haribulan Mac setiap tahun.
- Sentiasa bekerjasama dengan jabatan/ unit yang berkaitan di Hospital Serdang secara profesional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan sebagai agenda utama