KETUA UNIT

hou-unit-perubatan-rehabilitasi-dr-farhah-amalina-binti-muhamad-ehsan Dr Saari bin. Mohamad Yatim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1382

 

PENGENALAN

Unit Rehabilitasi Kardiopulmonari ialah sebuah unit yang diwujudkan oleh Jabatan Rehabilitasi untuk memberi fokus kepada pesakit-pesakit jantung dan paru-paru. Unit ini terletak di tingkat satu, bangunan Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Unit ini menempatkan bilik konsultasi doktor, bilik penilaian dan pemantauan, bilik rawatan, gim fisioterapi, bilik kefungsian carakerja dan bilik relaksasi. Unit ini telah memulakan operasinya sejak 12 Disember 2022 bersamaan dengan tarikh pelancaran bangunan Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah.

Visi unit ini ialah untuk menjadi pusat kecemerlangan melalui penjagaan kesihatan yang bersepadu, perkongsian pintar dan memberikan kepuasan kepada pelanggan yang dirawat.

Misi unit ini adalah untuk menyediakan intervensi rawatan yang menyeluruh dari pelbagai aspek dan bertujuan untuk mengoptimumkan fungsi fizikal, psikologi, dan sosial pesakit.

 

Carta Organisasi


carta-organisasi-upr-kardiopulmonari-rehab2024

 

Objektif

Menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang komprehensif  dan bersepadu mengikut keperluan pelanggan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima

 

Piagam Pelanggan

  • Memberi perkhidmatan secara professional, mesra dan menyeluruh
  • Mengamalkan penggunaan teknologi yang berpatutan sejajar dengan keperluan semasa pelanggan
  • Memastikan pelanggan menerima rawatan dalam masa 60 minit
  • Memastikan pelanggan memahami proses perawatan dan menetapkan matlamat rawatan yang dipersetujui bersama