PENGENALAN

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Sultan Idris Shah Serdang terletak di Aras 2 Klinik Pakar, HSIS Serdang.


Matlamat Jabatan ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit mulut, rawatan pembedahan dan juga rehabilitasi kepada semua pesakit yang mempunyai masalah pembedahan mulut, maksilofasial dan pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik serta peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally fit’.

Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi kes-kes berkaitan dengan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial dari semua hospital/klinik kerajaan mahupun swasta dengan keutamaan kepada penduduk dari daerah Hulu Langat, Sepang dan Petaling.


Jabatan ini mula dibuka dan menerima pesakit pada 8 Disember 2005.

Jabatan ini menjalankan fungsi utamanya melalui perkhidmatan pesakit luar di klinik pakar, pesakit dalam (Wad 6A & 8B), rawatan pembedahan, rawatan kecemasan dan klinik gabungan.


Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial mempunyai kemudahan-kemudahan berikut:

1. Empat(4) unit bilik rawatan untuk pegawai pergigian

2. Dua (2) unit bilik rawatan

3. Satu(1) bilik X-ray

4. Satu(1) makmal pergigian

5. Ruang pemulihan

6. Ruang menunggu

7. Bilik seminar

8. Bilik kaunseling

9. Bilik pensterilan & Utiliti

10. Stor peralatan & Stor bahan


Klinik Bedah Mulut juga ada menempatkan 1 unit kerusi pergigian di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang dan 1 unit di Wad 6A (wad bersama Jabatan ENT & Optalmologi).

Jabatan Pembedahan Mulut juga mengambil bahagian secara aktif serta menitik beratkan aktiviti-aktiviti kualiti seperti QA, KPI, NIA, PSI, serta mengadakan CME (Continuing Medical Education) dan CDE (Continuing Dental Education) untuk pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Jabatan ini juga menjalankan latihan untuk pelatih pembantu pembedahan pergigian, pegawai pergigian tahun pertama dan pergawai pergigian sarjana tahun akhir dalam bidang kepakaran pembedahan mulut & maksilofasial.

Carta Organisasi
Image

OBJEKTIF UMUM

  • Memberikan perkhidmatan kesihatan mulut yang bersesuaian, tepat dan menyeluruh kepada pesakit - pesakit dalaman dan luaran yang dirujuk ke jabatan ini.


OBJEKTIF KHAS

  • Memberi perkhidmatan perundingan dan mengendalikan pesakit yang dirujuk yang mempunyai masalah berkaitan pembedahan mulut.

  • Menyediakan pekhidmatan pengimejan pergigian dan perkhidmatan sokongan kesihatan pergigian yang berkaitan

  • Memberikan sokongan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan mulut dan pergigian yang menyeluruh kepada kumpulan populasi khas seperti pesakit yang mengalami masalah perubatan.

  • Memberikan latihan kemahiran dan aktiviti penyelidikan di dalam bidang pembedahan mulut dan maksilofacial

Piagam Pelanggan

Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional

  1. Kami akan memberikan rawatan pembedahan mulut dan maksilofasial yang bersesuaian, berkesan dan memenuhi keperluan kesihatan pesakit
  2. Pesakit akan diberi rawatan yang sewajarnya secara mesra, sopan, bertimbang rasa, adil dan ikhlas
  3. Pesakit akan didaftarkan dalam masa 30 minit
  4. Perundingan dan rawatan akan dimulakan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran kecuali dalam situasi yang tidak dapat dielakkan
  5. Pesakit dan waris akan diberi penerangan mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko, kos, komplikasi dan pilihan rawatan yang lain
  6. Setiap maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang

Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:

  1. Mematuhi segala peraturan dan polisi hospital.
  2. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung dengan Ketua Jabatan atau Penyelia yang bertugas pada hari ini.