KETUA JABATAN
Datuk Dr. Hjh Rosaida Binti Hj Md Said
1983
PENGENALAN
Jabatan Perubatan Am Hospital Sultan Idris Shah Serdang menyediakan perkhidmatan pesakit luar di klinik pakar (outpatient ) dan juga pesakit dalam (inpatient). Skop tugas kami meliputi diagnosa, perawatan dan pendidikan kesihatan. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan rawatan sekunder meliputi beberapa daerah dalam Negeri Selangor seperti Petaling , Sepang dan Hulu Langat. Jabatan juga menerima banyak kes-kes rujukan dari Klinik-Klinik Kesihatan Kerajaan dan juga Hospital Swasta.
Perkhidmatan yang disediakan adalah bukan sahaja kes perubatan am tetapi juga mempunyai subkepakaran lain seperti Gastroenterologi & Hepatologi, Endokrinologi, Rheumatologi dan Dermatologi.
Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan,efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti.Selain daripada rawatan klinikal, Jabatan juga menekankan aspek pendidikan kesihatan pesakit bagi meningkatkan kualiti kesihatan. Pelbagai perkhidmatan baru dan juga kursus dapat dianjurkan sejajar dengan kehendak dan situasi terkini.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan perubatan dalaman yang komprehensif dan bersepadu kepada pesakit.
- Memberikan perkhidmatan kesihatan yang bersesuaian, tepat dan menyeluruh kepada pesakit - pesakit dalaman dan luaran yang dirujuk ke jabatan ini, mengikut keperluan pelanggan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima.
Piagam Pelanggan
- Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Pelanggan berhak menerima perkhidmatan yang terbaik setaraf antarabangsa
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan yang diberikan di unit rawatan rapi jantung.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan kepada semua pelanggan.