Piagam Pelanggan 2024

1. JABATAN KECEMASAN

    Keutamaan kami diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan Dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :

  • Semua kes kritikal ( Zon Merah) dirawat dengan serta merta.
  • Semua kes separa kritikal ( Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit.
  • Lain-lain kes ( Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.

2. PESAKIT LUAR

    Perkhidmatan klinik pesakit luar dan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak,
    ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

    Tempoh untuk mendapatkan perkhidmatan adalah tertakluk kepada kemampuan sumber semasa. 

3. LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

     Penyediaan Laporan Perubatan adalah dalam tempoh 28 hari bekerja. 

4. Maklumat berkenaan penyakit dan perawatan akan diberikan kepada pelanggan. 

5. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin. 

6. Semua pesakit akan mendapat perkhidmatan yang mesra, responsive dan berkualiti daripada setiap jabatan dan klinik di Hospital  Sultan Idris Shah Serdang.