KETUA JABATAN
Dr. Ani Suraya binti Abdul Ghani
1853
PENGENALAN
Jabatan Pediatrik memulakan perkhidmatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada Oktober 2005. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan kanak-kanak akut dan kronik. Ia meliputi kes-kes perawatan bayi yang baru dilahirkan ( neonatal ) sehingga kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 12 tahun, mereka akan dirawat mengikut keadaan dan keperluan penyakit. Bagi kes-kes tertentu perawatan perubatan diberikan sehingga remaja berumur 18 tahun.
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pesakit luar di klinik pakar kanak-kanak (outpatient) dan juga pesakit dalam (in patient). Secara amnya Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan pediatrik `secondary’ kepada pesakit kanak-kanak akut dan kronik. Kami juga memberikan perkhidmatan perubatan `tertiary’ untuk subkepakaran Kardiologi dan Kardiothorasik (Pembedahan Jantung), Neonatologi, Respiratori dan Perawatan Rapi Pediatrik.
Jabatan Pediatrik mempunyai 2 buah wad kanak-kanak general yang mempunyai 28 buah katil setiap satu, sebuah wad Kardiologi kanak-kanak 28 buah katil, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) 38 buah katil dan Unit Rawatan Rapi Kardiologi pediatrik (PCICU) dengan 5 buah katil. Jabatan ini juga dilengkapi dengan makmal tidur dan menjadi pusat rujukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur.

Objektif
Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.
Piagam Pelanggan
PESAKIT LUAR
- Pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa kurang daripada 60minit selepas urusan pendaftaran kecuali untuk kes-kes tertentu.
- Pesakit yang dirujuk akan diberi tarikh temujanji di klinik dalam jangkamasa 4-6minggu dari tarikh pesakit datang ke klinik untuk mendapatkan tarikh temujanji kecuali kes-kes tertentu.
PESAKIT DALAM
- Pesakit yang tidak kritikal akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam jangkamasa 60minit selepas kemasukan wad.
- Pesakit yang kritikal akan diperiksa dengan serta-merta oleh Pegawai Perubatan sebaik dimasukkan ke wad.