KETUA JABATAN
Zuhrah Binti Zakaria
PENGENALAN
Unit Kardiotorasik Anestesiologi & Perfusi (KAP) merupakan unit yang bernaung di bawah Direktorat Pembedahan dan merupakan sebahagian daripada Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Unit ini terletak di sayap timur aras empat Hospital Sultan Idris Shah Serdang dan mula beroperasi pada tahun 2006 dengan tenaga kerja cuma seramai satu (1) orang pakar perunding, dan dua (2) orang penolong pegawai perubatan perfusi.
Pesakit pertama perkhidmatan ini adalah merupakan pesakit dewasa yang menjalani pembedahan VSD Closure dengan bantuan pasukan daripada Hospital Pulau Pinang pada Julai 2007.
Pada masa ini, Unit Kardiotorasik Anestesiologi & Perfusi (KAP) telah berkembang dan mempunyai 4 orang pakar perunding kanan, 4 orang pakar, 7 orang pegawai perubatan, 13 orang penolong pegawai perubatan dan 3 orang pembantu perawatan kesihatan.

Objektif
Objektif utama unit ini adalah untuk memastikan pemberian anestesia dan perfusi kepada pesakit-pesakit berada pada tahap optimum dan selamat oleh kakitangan yang berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing, agar perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik.
Piagam Pelanggan
- Memberi perkhidmatan secara professional, mesra dan menyeluruh
- Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan yang diberikan di unit rawatan rapi jantung.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan kepada semua pelanggan.