KETUA JABATAN
Hazmen Neazy bin Mat Noor
1818
PENGENALAN
Unit IT telah ditubuhkan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang bermula tahun 2005 dan sistem THIS telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2006.
Pelaksanaan THIS melibatkan 3 fasa seperti berikut:
- Fasa pertama pada 20 Januari 2006 melibatkan modul PMS, Billing, MR dan Mortuary
- Fasa kedua pada 17 Mac 2006 melibatkan modul CA, PhIS, LIS, NUMS, RIS, PACS, ECG, Diet CSSD dan Libary Management System
- Fasa ketiga pada 14 April 2006 melibatkan modul OTMS dan HRMIS
- Pelbagai cabaran dan halangan dilalui sepanjang tahun 2005 bagi memastikan THIS diterima pakai oleh semua kakitangan terutamanya golongan klinikal seperti pakar dan pegawai perubatan serta kakitangan paramedik.
- Penggunaan emel bagi edaran memo dalaman juga telah dikuatkuasakan bagi memastikan komunikasi secara elektronik digunakan secara optima selain bertujuan mengurangkan penggunaan kos ”consumables”.
Objektif
- Memberi perkhidmatan teknologi maklumat kepada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang melalui kualiti perkhidmatan sokongan teknikal dan kepakaran teknologi maklumat.
- Mengurus prasarana ICT dan sistem-sistem aplikasi utama di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang agar berfungsi dengan baik.
- Memantau dan memastikan kontraktor penyelenggaraan menyelesaikan aduan-aduan masalah pengguna dengan segera dan cekap.
- Menyediakan sumber-sumber maklumat serta latihan yang mencukupi kepada semua anggota baru dan lama berkaitan penggunaan sistem ICT di hospital.
- Menyelaras keperluan ICT di hospital bagi memastikan penggunaan perkakasan serta ‘consumables’ berada pada tahap optimum.