PENGENALAN

Jabatan Anaesthesia dan Rawatan Rapi memberi perkhidmatan kepada pelbagai disiplin di Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Perkhidmatan yang disediakan adalah:

- Perkhidmatan Anaesthesia Umum (General Anaesthesia Service)

- Perkhidmatan Rawatan Rapi (Intensive Care Service)

- Perkhidmatan Kardiothorasik Anaesthesia dan Perfusi

- Perkhidmatan Kawalan Kesakitan (Pain Control Management).

Carta Organisasi
Image


 

Objektif

 

Memberi Perkhidmatan Anaesthesia Dan Rawatan Rapi Yang Selamat Dan Berkualiti

Bekerjasama Dan Tolong Menolong Antara Disiplin Dalam Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik Untuk Pesakit

Menjadi Jabatan Yang Berpengetahuan Serta Memberi Sepenuh Fokus Dalam Memperbaiki Dan Memperoleh Ilmu Melalui Program Pembelajaran Berterusan

Mempraktikkan Kerja-Kerja Klinikal Mengikut Panduan, Protokol Dan Carta Aliran Kerja Agar Dapat Meningkatkan Kualiti Dan Produktiviti

Mengadaptasikan Perkhidmatan Yang Berpandukan ‘Evidence Based Medicine’

Senantiasa Mengutamakan Pesakit Dan Mengambil Berat Dalam Segala Hal

Piagam Pelanggan

Jabatan Anaesthesia dan Rawatan Rapi akan menyediakan:

  1. Perkhidmatan anaesthesia kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.
  2. Perkhidmatan anaesthesia kepada pesakit yang menjalani prosedur di luar dewan bedah
  3. Perkhidmatan penjagaan tahap kesakitan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
  4. Perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.