1. Perkhidmatan Pesakit Luar Klinik Pakar Oftalmologi
Hospital Sultan Idris Shah Serdang adalah merupakan Hospital Rujukan Pakar, oleh itu pesakit perlu dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik Oftalmologi. Rujukan bolehlah dari hospital, klinik atau pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta. Rawatan klinikal adalah berdasarkan janjitemu kecuali kes kecemasan. Klinik Oftalmologi beroperasi pada setiap hari bekerja dan pada waktu pejabat. Jabatan oftalmologi juga mengadakan perkhidmatan secara kerjasama (networking) dengan lain-lain hospital di seluruh negara
Klinik Pakar Mata Umum
Memeriksa dan merawat penyakit dan masalah mata pada peringkat sekunder, melakukan saringan bagi masalah glaukoma, retinopati diabetes, retinopati bayi pra-matang (ROP) dan sebagainya.
Klinik Okuloplastik
Sebagai Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan Okuloplastik , perkhidmatan klinikal subkepakaran ini dijalankan empat kali seminggu dan pembedahan dijalankan dua hingga tiga kali seminggu. Perkhidmatan subkepakaran okuloplastik merangkumi masalah kelopak mata, lakrimal, orbit dan soket.
Klinik Kecemasan Oftalmologi
Kes – kes kecemasan yang datang ke klinik mata seperti konjuntivitis, kecederaan pada mata dan sebagainya akan diperiksa pada hari yang sama didalam klinik kecemasan oftalmologi tanpa memerlukan temujanji. Klinik ini beroperasi setiap hari.
Bagi kes kecemasan mata di Jabatan Kecemasan, pesakit akan dirawat di Jabatan Kecemasan. Terdapat seorang pegawai perubatan dan seorang pakar oftalmologi bertugas atas panggilan (on-call) setiap hari untuk khidmat kecemasan. Terdapat ruang oftalmik yang dilengkapi peralatan di Jabatan kecemasan untuk menangani kes kecemasan.
Klinik Diabetik Retinopati
Kes-kes Diabetik Retinopati yang serius dimana pemantauan yang rapi dari Pakar Mata diperlukan akan ditempatkan di dalam klinik khas untuk diabetik retinopati. Klinik ini dijalankan sekali seminggu iaitu pada hari Rabu, manakala kes kes diabetik retinopati yang baru pula dijalankan 2 kali seminggu pada hari selasa dan rabu bermula pada pukul 2 petang.
Klinik Retinopati bayi pramatang (ROP)
Memeriksa dan melakukan saringan kes-kes retinopati bayi pramatang (ROP) mengikut temujanji yang telah ditetapkan.
Perkhidmatan Optometri
Memeriksa dan merawat masalah kerabunan.
Perkhidmatan Ortoptik
Memeriksa dan merawat masalah mata juling dan mata malas.
Perkhidmatan Penglihatan terhad
Memeriksa dan merawat masalah kurang daya penglihatan atau penglihatan terhad.
Perkhidmatan kanta lekap
Memberi perkhidmatan memeriksa dan memasang kanta lekap.
Perkhidmatan Perimetri
Memeriksa medan penglihatan.
Perkhidmatan Biometri
Menjalankan pemeriksaan ultrasound mata.
Perkhidmatan fotografi fundus (non-mydriatic dan mydriatic)
Melakukan pemeriksaaan saringan diabetik retinopati.
Perkhidmatan angiografi fundus
Melakukan pemeriksaan angiografi retina.
Perkhidmatan Rawatan Laser
Menjalankan rawatan laser bagi diabetik retinopati, glaucoma dan sebagainya.
Perkhidmatan Okularis
Membuat prostesis mata (mata palsu) bagi kes kanak-kanakdan dewasa.
Perkhidmatan diatas diberikan melalui kemudahan berikut :
- Bilik Ujian Penglihatan
- Bilik Konsultasi
- Bilik Laser
- Bilik pembedahan minor
- Bilik Rawatan
- Bilik Perimetri
- Bilik Refraksi
- Bilik Biometri
- Makmal Okularis
- Ruang Pemulihan (recovery)
- Bilik Pemeriksaan tekanan intraokular dan pengembangan anak mata
2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut/khusus akan dimasukan ke wad seperti :
- Wad 6A (kelas 2 dan 3)
- Wad 8B (kelas 1)
- Wad 5B (kanak-kanak)
3. Perkhidmatan Pembedahan
Antara jenis pembedahan mata yang dijalankan adalah :
i Pembedahan katarak
ii Pembedahan okuloplastik
iii Pembedahan kecemasan mata
iv Pembedahan pterygium
Pembedahan akan dilakukan di Dewan Bedah Oftalmologi iaitu:
- Dewan Bedah Utama 6
- Dewan Bedah Harian 13