KETUA JABATAN

hsdg nopic

Dr. Tengku Suriani binti Tengku Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1232

 

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultan Idris Shah Serdang memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Serdang, Puchong, Sepang dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan kecemasan, resusitasi , stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang berfungsi berdasarkan konsep THIS (Total Hospital Information System). Sistem elektronik bersepadu ini bukan sahaja akan meningkat kualiti, kecekapan dan kos efektif rawatan kepada pesakit malah akan membawa ke arah pengurusan pesakit yang cekap berlandaskan pembangunan modal insan.

Pengurusan pesakit akan diberi kriteria utama berdasarkan ketenatan keadaan pesakit

Perkhidmatan Jabatan Kecemasan merangkumi pelan komprehensif yang mengandungi komposisi seperti rawatan pra hospital, resusitasi, penstabilan dan rawatan definitif.Perkhidmatan lain yang disediakan seperti pengurusan bencana, pusat krisis bersepadu (OSCC) dan pasukan perlindungan perubatan untuk upacara-upacara rasmi.

Carta Organisasi
Image

Objektif

1. Menyediakan rangkaian perkhidmatan perubatan kecemasan yang komprehensif dan merangkumi perkhidmatan dari pra hospital sehingga ke perkhidmatan di dalam hospital.

2. Memberikan perkhidmatan perawatan kecemasan yang efisien dan efektif melalui prosedur resusitasi dan penstabilan oleh petugas yang terlatih.

3. Menyediakan Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( PKPK ) bagi menerima dan mengkoordinasikan situasi kecemasan termasuk Pengurusan Panggilan Kecemasan (999).

4. Memberikan Perkhidmatan Pusat Krisis Bersepadu `One Stop Crisis Centre` (OSCC) bagi mangsa keganasan keluarga dan seksual.

Piagam Pelanggan

Berusaha memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang bersopan, cepat dan tepat.

Kes-kes kecemasan yang tidak stabil (kritikal) akan dirawat dengan kadar segera , mengikut ketenatan pesakit melalui kerja berpasukan multidisiplinari.

Kes-kes yang stabil (separa kritikal) akan dirawat dalam masa kurang dari 15 minit.

Kes-kes yang berkomplikasi dan memerlukan kemasukan ke wad akan dirujuk kepada pegawai perubatan dari jabatan-jabatan berkenaan bagi rawatan definitif.