KETUA JABATAN
Dr Saari bin. Mohamad Yatim
1382
PENGENALAN
Unit Perubatan Rehabilitasi merupakan salah satu unit di Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang diwujudkan pada penghujung tahun 2007 dengan kehadiran Pakar Perubatan Rehabilitasi di Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Unit ini diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi yang juga merangkap jawatan sebagai Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi.
Kakitangan-kakitangan lain di unit ini terdiri dari pegawai perubatan, juruteknik perubatan, kakitangan kejururawatan dan pembantu perawatan kesihatan. Kategori kakitangan yang pelbagai yang diwujudkan di unit ini akan membentuk satu pasukan rehabilitasi yang lengkap di dalam Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang sebelum ini hanya terdiri dari pegawai pemulihan perubatan/jurupulih anggota, pegawai pemulihan perubatan/jurupulih carakerja dan pembantu perawatan kesihatan.
Unit ini bersedia untuk menerima rujukan kes-kes yang memerlukan program rehabilitasi bersepadu dari semua klinik/hospital di Negeri Selangor. Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan perkhidmatan rehabilitasi secara berpasukan yang terkoordinasi yang dijalankan bersama kakitangan dari unit-unit pemulihan perubatan anggota dan pemulihan perubatan carakerja. Program rehabilitasi diperlukan khasnya oleh pesakit-pesakit yang mengalami ketidakupayaan kompleks yang memerlukan intervensi/rawatan lebih dari satu unit rehabilitasi/pemulihan.
Kumpulan pesakit ini termasuklah mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang, pesakit amputee, pesakit yang mengidap sakit jantung atau selepas pembedahan jantung, pesakit dengan “neurological deficit” yang lain seperti pesakit stroke dan traumatic brain injury, serta pesakit kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Walaubagaimanapun memandangkan unit ini masih mempunyai bilangan anggota yang sangat terhad bidang perkhidmatan yang ditawarkan pada masa ini terpaksa dihadkan kepada beberapa masalah kesihatan sahaja.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang komprehensif dan bersepadu mengikut keperluan pelanggan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima
Piagam Pelanggan
- Memberi perkhidmatan secara professional, mesra dan menyeluruh
- Mengamalkan penggunaan teknologi yang berpatutan sejajar dengan keperluan semasa pelanggan
- Memastikan pelanggan menerima rawatan dalam masa 60 minit
- Memastikan pelanggan memahami proses perawatan dan menetapkan matlamat rawatan yang dipersetujui bersama