KETUA JABATAN
Mr Saiful Azli bin Mohd Zainuddin
1871
PENGENALAN
Jabatan Urologi, Hospital Sultan Idris Shah Serdang terletak di aras 2 Klinik Pakar, HSIS Serdang.
Jabatan Urologi, Hospital Sultan idris Shah Serdang diwujudkan sebagai sebuah pusat rujukan tertiari bidang Urologi. Pesakit -pesakit dengan masalah urologi meliputi satu pertiga beban kerja bidang pembedahan dan bilangan pesakit semakin meningkat dari masa ke semasa.Jabatan akan menerima rujukan pesakit dalaman dan juga dari hospital luar di Malaysia. Oleh itu, jabatan ini memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang Urologi.
Objektif
Memberi perkhidmatan & rawatan urologi secara professional, berkualiti dan terkini demi masyarakat sihat dan produktif.
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, jujur dan bersopan santun.
- Setiap pesakit akan diberikan rawatan perubatan secara professional.
- Setiap pesakit akan menerima penerangan yang jelas sebelum menjalani setiap prosedur termasuk risiko dan pilihan yang lain.
- Kehormatan pesakit akan dipelihara semasa menerima rawatan.
- Kerahsiaan maklumat pesakit akan dilindungi dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu selepas mendapat keizinan dan tertakluk kepada undang- undang.