PENGENALAN
Perkhidmatan Pulmonologi (Respiratori) di Hospital Serdang bermula pada 1.11.11. sebagai sebuah Unit di bawah Jabatan Perubatan Am. Pada tahun 2019, perkhidmatan Pulmonologi Hospital Sultan Idris Shah Serdang dinaiktarafkan sebagai sebuah Jabatan.
Jabatan Pulmonologi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk pesakit luar dan dalam. Di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Pakar-pakar Pulmonologi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerja sebagai satu pasukan. Pesakit yang disyaki mengidap kanser paru-paru dan ‘central airway obstruction’ akan diberi keutamaan dan dikendalikan seberapa segera yang boleh.
Jabatan ini juga adalah pusat latihan Sarjana Perubatan (Masters), fellowship bidang pulmonologi dan pusat rujukan ‘interventional pulmonology’ di Malaysia. Pakar-pakar dari luar negara seperti India, Indonesia dan Amerika Syarikat telah datang untuk menjalani latihan ‘interventional pulmonology’ di Jabatan Pulmonologi.
Jabatan Pulmonologi merupakan pusat rujukan Kebangsaan bagi rawatan penyakit asma dan emphysaema (COPD) secara kaedah bronkoskopi serta menggunakan kaedah laser untuk rawatan kanser paru-paru di dalam saluran pernafasan (laser-assisted). Di samping itu, perkhidmatan ‘interstitial lung disease (ILD)’ ‘pulmonary hypertension’ dan transplan paru-paru telah dimulakan pada awal tahun 2019 dan akan terus dikembangkan lagi.
Jabatan Pulmonologi adalah pusat rujukan utama bagi kes-kes respiratori di negeri Selangor. Kes-kes respiratori yang kompleks juga diterima dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang (fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta).
Jabatan Pulmonologi mempunyai laman facebook dan Twitter. Segala aktiviti Jabatan boleh diikuti di laman facebook dan Twitter ini.
https://www.facebook.com/SerdangLungCentre/ | |
SerdangPulmonology (@SerdangLung) / Twitter |
Objektif
Piagam Pelanggan
- Memastikan setiap pesakit yang disyaki kanser paru-paru dilihat di klinik tidak melebihi 2 minggu daripada tarikh pesakit dirujuk
- Memastikan setiap pesakit yang disyaki tuberculosis paru-paru (smear positive) dilihat di klinik dalam masa 2 minggu
- Memastikan setiap pesakit yang disyaki obstructive sleep apnoea/obesity hypoventilation syndrome/central apnoea menjalani ujian polysomnography (sleep study) dalam masa 1 bulan
- Memastikan pesakit yang mengalami acute central airway obstruction (penyempitan saluran pernafasan akut) dikendalikan dalam masa 24 jam
- Memastikan pesakit yang mengalami massive haemoptysis (batuk berdarah yang banyak) dikendalikan dalam masa 1 jam
- Memastikan setiap pesakit kanser paru-paru yang akan menjalani pembedahan membuang kanser mendapat ujian pulmonary function test (PFT) dan/atau cardiopulmonary exercise testing (CPET) dalam masa 1 minggu sebelum pembedahan