PENGENALAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan semenjak tahun 1952 dengan bilangan anggota yang sedikit. Peringkat awal perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan ‘Lady Almoner’.

Kemudiannya perkhidmatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Perubatan iaitu pada 1994. Percantuman pengkhususan bidang-bidang dalam kerja sosial yang membentuk kerja sosial genetic telah menampilkan peranan dan kewujudan Pegawai-pegawai Kerja Sosial Perubatan semakin hari semakin penting.

Dari masa kesemasa peranan dan sumbangan perrkhidmatan kerja sosial perubatan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh pembangunan dalam menjurus ke arah Negara maju telah memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambilkira berbagai aspek seperti emosi, sosial-ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support) keluarga dan mereka yang berkepentingan. Selari dengan perkembangan kerjaya dalam perkhidmatan ini pada 2002 Jabatan ini ditukar nama kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Carta Organisasi

cartaorganisasiJKSP

 

Objektif 

  • Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.

  • Membantu memulihkan kefungisan sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.

  • Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui perkhidmatan terapi sokongan

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang ialah:

  • Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada jabatan ini tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosio-ekonomi.
  • Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  • Setiap kes pesakit dalam yang dirujuk akan diambil tindakan awal dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Setiap kes pesakit luar atau yang dirujuk oleh agensi yang berkaitan akan diambil tindakan dalam masa 7 hari bekerja.