PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultan Idris Shah Serdang diwujudkan dalam tahun 2007 bagi mengendalikan dengan lebih baik perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik yang telah dimulakan semenjak pertengahan tahun 2006.

Carta Organisasi
Image

Objektif

  • Menyediakan dan memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara menyeluruh kepada semua kes rujukan kanak-kanak berasaskan kepada kaedah pencegahan, konservatif dan kuratif dengan penekanan kepada konsep ‘orally-fit’.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan terhadap masalah utama kesihatan pergigian terutamanya di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui khidmat nasihat dan kaedah pencegahan klinikal.
  • Menyampaikan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik dengan memberi tumpuan ke atas pesakit dan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui penglibatan aktif semua anggota yang berpengetahuan luas.

Piagam Pelanggan

  1. Klinik Pergigian Pediatrik ini hanya menerima kes rujukan sahaja.

  2. Setiap pesakit yang dirujuk akan diberi temujanji terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan perundingan diikuti oleh temujanji susulan untuk rawatan.

  3. Temujanji yang diberikan akan berasaskan keutamaan dan kesusaian masa.

  4. Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan.

  5. Semua pesakit yang hadir mengikut masa temujanji akan diperiksa atau dirawat dalam masa 30 minit selepas didaftarkan.

  6. Penjelasan sewajarnya akan diberikan berhubung masalah yang dialami , pilihan rawatan, prosedur rawatan serta kos jika berkenaan.

  7. Segala maklumat berkaitan pesakit akan diberikan dan hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai capaian kepada maklumat tersebut.

  8. Semua pesakit akan mendapat layanan mesra dan bertimbang rasa serta menerima rawatan yang komprehensif dan berkualiti.