
Objektif
- Meningkatkan taraf perkhidmatan Forensik di Malaysia bagi menyokong sistem perundangan negara ini.
- Menyediakan perkhidmatan Forensik yang menyeluruh dengan memberikan perkhidmatan Forensik yang bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
- Mewujudkan kemahiran serta kecekapan dikalangan kakitangan perubatan dan pengkhususan bagi mengendalikan kes-kes Medico Legal yang lebih efektif.
- Memberi khidmat nasihat, khidmat pakar dan pengendalian jenazah yang lebih cekap dan mahir.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi baru untuk membenteras jenayah.
- Menjalankan kaji selidik dan mempromosikan penyelidikan dalam bidang Perubatan Forensik untuk meningkatkan lagi perkhidmatan secara menyeluruh.
Piagam Pelanggan
Anda adalah pelanggan kami:
Pihak pengurusan hospital
Polis di raja malaysia
Waris
Hospital
Institut pengajian tinggi awam / swasta
Jabatan kehakiman
Kedutaan dan suruhanjaya tinggi asing
Jabatan kebajikan masyarakat
Pertubuhan bukan kerajaan
Agensi-agensi kerajaan & bukan kerajaan
Anda akan dilayan secara profesional, jujur, mesra, hormat dan bertimbangrasa.
Setiap pelanggan boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan & prosedur kerja yang telah ditetapkan.
Segala maklumat dalam laporan bedah siasat akan dikendalikan dengan penuh rahsia dan sulit.
Memberi perkhidmatan 24 jam bagi urusan penerimaan mayat. Permohonan dan temujanji perlu dilakukan bagi urusan penyerahan mayat.
Kewajipan pelanggan
Untuk memastikan jabatan ini melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
Mematuhi semua prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan
Bersikap profesional, hormat dan bersopan santun semasa berurusan di jabatan ini
Menggunakan segala kemudahan di jabatan ini dengan penuh tanggungjawab