KETUA JABATAN

hsdg nopic

Dr. Yusri Bin Mohammed
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1315 / 8028

 

 

PENGENALAN

Jabatan Radiologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang yang beroperasi dari tahun 2005 menyediakan perkhidmatan diagnostik, intervensional radiologi dan subkepakaran untuk pesakit dalam, pesakit luar, pesakit rawatan harian dan pesakit dari Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Selain itu, jabatan ini juga menerima rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan yang lain.

Antara bidang subkepakaran yang terdapat di Jabatan Radiologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang adalah Cardiac Radiology, Thoracic Radiology dan Urogenital Radiology di mana jabatan ini juga menjadi pusat latihan bagi pakar-pakar radiologi yang ingin mendalami ilmu subkepakaran seperti yang dinyatakan di atas.

Jabatan Radiologi juga dilengkapi dengan Hospital Information System (HIS), Radiology Information System (RIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS) yang berintegrasi sepenuhnya dengan Total Hospital Information System (THIS) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Unit Radiologi Pusat Jantung yang beroperasi di bangunan baru pada bulan Januari 2023, terletak di Aras 1 Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dapat memberikan perkhidmatan subkepakaran Cardiac Radiology secara One-Stop-Centre.

 

Carta Organisasi

Sila klik pada imej di bawah untuk gambar yang lebih besar

Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

  2. Mematuhi semua undang-undang, peraturan, piawaian dan garis panduan yang berkaitan.

  3. Menyediakan latihan berterusan untuk pembangunan modal insan serta menjalankan aktiviti peningkatan kualiti.

Piagam Pelanggan

  1. Pesakit akan:
  • Dilayan dengan mesra, penuh hormat, cekap, selamat dan menjaga kerahsiaan pesakit.
  • Diberi penerangan mengenai pemeriksaan yang akan dijalankan serta mengamalkan perlindungan sinaran yang optima.
  1. Pemeriksaan “urgent” radiografi am mudah gerak di Zon Merah Jabatan Trauma dan Kecemasan akan dijalankan tidak melebihi 45 minit.

  2. Pemeriksaan radiologi kecemasan akan diberikan keutamaan.