KETUA JABATAN
Suriawati Binti Zulkefli
5306
PENGENALAN
Jabatan Rekod Perubatan merupakan satu Jabatan di bawah perkhidmatan sokongan bukan klinikal, beroperasi merangkumi aktiviti pengurusan rekod perubatan, pengeluaran maklumat pesakit, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik hospital dan semua aspek yang berkaitan dengan peranan Jabatan Rekod Perubatan sebagai pengurus maklumat hospital.
Ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Hospital Sultan Idris Shah Serdang, dimana Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting di dalam memberikan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk memajukan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan pesakit di hospital ini.
Objektif
-
Memastikan kerahsiaan dan penjagaan rekod perubatan pesakit terpelihara
-
Memastikan penyediaan laporan perubatan memenuhi kehendak dan ekspetasi pelanggan
-
Mengawalselia pengumpulan data kesihatan dan penyediaan statistik HMIS mengikut standard KKM dan memenuhi keperluan pelanggan.
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan yang berurusan dengan pejabat rekod akan dilayan dengan mesra dan cepat.
- Semua permohonan laporan perubatan dan bedah siasat yang lengkap diterima akan diproses dan disiapkan dalam tempoh 4 minggu.
- Setiap pinjaman rekod perubatan ‘hard copies’ akan disediakan dalam masa 5 minit.
- Menyediakan Laporan Perangkaan bulanan HMIS sebelum 15hb bulan berikutnya