PENGENALAN

Jabatan Patologi Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik bagi Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan, Histopatologi, Sitologi dan Transfusi Perubatan. Semua perkhidmatan ini dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Total Hospital Information System (THIS) bermula sejak awal penubuhan Hospital Serdang.

Carta Organisasi
Image

Objektif

  1. Memastikan agar semua kakitangan profesional dan kompeten ketika menjalankan tugas.
  2. Memastikan semua kakitangan makmal mematuhi semua polisi jabatan dan hospital.
  3. Memastikan setiap pelanggan dirawat dengan sebaiknya, professional dan berhemah.
  4. Memastikan setiap keputusan ujian dikeluarkan mengikut Laboratory Turn Around Time yang ditetapkan
  5. Memastikan aduan pelanggan dikendali dan diberi maklumbalas dalam masa 14 hari.

Piagam Pelanggan

 Jabatan Patologi bertanggungjawab mengendalikan ujian-ujian makmal dengan menggunakan kaedah yang diiktiraf di peringkat global bersesuaian dengan Good Laboratory Practices dan mematuhi standard yang berlandaskan MS ISO 15189.
Adalah menjadi dasar organisasi kami untuk memberi keputusan makmal yang tepat dalam tempoh yang munasabah seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan Jabatan Patologi dan juga mengamalkan pengurusan kualiti berterusan.