SEKRETARIAT KLUSTER HKKV4

syedkhairulhakiminHOUadmin

Dr. Tan Lip Kun
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

PENGENALAN

Hospital Kluster Klang Valley 4 (HKKV4) adalah gabungan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Kajang (HKjg), Hospital Cyberjaya (HCj) dan Institut Kanser Negara (IKN).

Kluster Klang Valley 4 (KKV4) merupakan salah satu daripada empat (4) kluster hospital di Lembah Klang yang secara rasminya bermula pada November 2023. HKKV4 terdiri daripada Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang sebagai Lead Hospital (LH) dan Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Kajang (HKjg), Hospital Cyberjaya (HCj) serta Institut Kanser Negara (IKN) sebagai Non-Lead Hospital (NLH).

Tujuan utama pembentukan HKKV4 adalah untuk mengurus dan menyelaras perkhidmatan secara lebih efektif melalui perkongsian dan pengoptimaan sumber bersesuaian dengan keperluan pesakit.

 

Carta Organisasi

Sila klik pada imej di bawah untuk gambar yang lebih besar

carta organisasi CMC HKKV4 2025

 

Objektif

 

  • Mengukuhkan koordinasi penyampaian penjagaan perubatan dengan membina rangkaian klinikal yang lebih baik melalui pengoperasian dan perkongsian sumber-sumber dalam HKKV4.
  • Meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan “berdekatan dengan rumah” kepada masyarakat tempatan dan kumpulan sasaran.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber melalui peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpusat kepada orang perseorangan (Penjagaan Khusus Perseorangan – Person Centred Care).
  • Mengukuhkan dan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti melalui peningkatan jaringan dan kesinambungan latihan dan pengajaran di dalam HKKV4.
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja berdasarkan kepakaran masing-masing.
  • Mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan mengoptimumkan sumber-sumber di dalam HKKV4 bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan.
  • Melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mampan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber sedia ada dan mengelakkan pembaziran.
  • Melaksanakan komunikasi strategik dan perkongsian data melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan di dalam HKKV4.

 

Piagam Pelanggan