PENGENALAN

Unit Kesihatan Awam, Hospital Serdang telah ditubuhkan pada tahun 2008. Pada masa penubuhan ia mempunyai hanya satu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32. Pada tahun 2009 satu jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U36 dan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 telah diluluskan. Sekarang, Unit Kesihatan Awam mempunyai 3 orang anggota yang bekerjasama untuk memastikan aktiviti – aktiviti Unit Kesihatan Awam di Hospital Serdang berjalan dengan lancar.

Carta Organisasi
Image


 

Objektif

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dari pesakit kepada pesakit, pelawat dan warga kerja.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor seperti Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah di hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan di hospital.
  • Merancang, menyelaras dan menilai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta – akta Kesihatan Awam di hospital.
  • Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital.
  • Merancang, menyusun dan menyelaras aktiviti bagi memastikan Hospital Sultan Idris Shah Serdang bebas daripada asap rokok melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
  • Berkerjasama dengan Unit Kawalan Mutu Air Minum di Pejabat Kesihatan Daerah Sepang untuk persampelan air minum.

 

Piagam Pelanggan

Memberikan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti  dari aspek  aktiviti pencegahan dan pengawalan  penyakit berjangkit melalui pelaksanaan undang-undang kesihatan awam.