Dasar Privasi Aplikasi Mudah Alih Hospital Sultan Idris Shah, Serdang

PRIVASI

Aplikasi Mudah Alih Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang yang merangkumi HSIScare dan HSISmeet (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk petugas kesihatan dan orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh HSIS kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.


MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

a. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capai ke sistem aplikasi dan maklumat perkhidmatan kesihatan di HSIS.
b. Data yang diperolehi secara automatik - misalnya, data kesihatan pengguna yang telah direkodkan di dalam Hospital Information System.
c. Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna).
d. Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:
  • Nama pengguna.
  • Nama fasiliti kesihatan.
  • Nombor kad pengenalan.
  • Nombor telefon.
  • Nombor MRN (medical record number).
  • Alamat kediaman.
  • Alamat e-mel.
  • Tarikh jumpa doktor akan datang.
  • Gambar kad temu janji klinik.
e. Tujuan pengumpulan data adalah seperti berikut:
  • Perkhidmatan kesihatan kepada pengguna mengikut jenis perkhidmatan kesihatan yang dipilih.
  • Untuk berkomunikasi dengan pengguna sekiranya terdapat maklumat kesihatan yang memerlukan pengesahan lanjut.
  • Untuk memberi maklum balas kepada pengguna mengenai sebarang komen atau pertanyaan.
f. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
g. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data at rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

DATA TANPA NAMA

Aplikasi ini mengumpulkan data tanpa nama mengenai peranti dan OS pengguna (cth.: Model peranti, versi OS) bagi membantu kami menambah baik Aplikasi untuk kegunaan pengguna.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Tarikh kemas kini: 24 Ogos 2023