A- A A+

Unit Psikologi Kaunseling

 KETUA JABATAN

hod rosmawati kaunseling

Rosmawati binti Mokhtar
@moh.gov.my
1112

 

PENGENALAN

Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan pada tahun 2005 di Hospital Serdang. Unit ini berada di bawah perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital. Seramai 4 orang Pegawai Psikologi menawarkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang.

Pegawai Psikologi akan menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi kaunseling dalam membantu klien menangani cabaran hidup. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling adalah perlu bagi menghasilkan perkhidmatan yang efektif serta professional.

Bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang, klien perlu mendapatkan surat rujukan daripada pegawai perubatan sama ada di klinik atau hospital kerajaan terlebih dahulu. Seterusnya, surat rujukan tersebut diserahkan kepada Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang dan tarikh temujanji akan diberikan. Sesi bersama klien adalah berdasarkan temujanji sahaja

 

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Remaja
  • Kaunseling Kanak-kanak
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya
  • Inventori Psikologi
  • Intervensi Krisis
  • Kaunseling Motivasi
  • Ujian Psikologi / Psikometrik
  • Masalah Interpersonal
  • Masalah Remaja
  • Masalah Keluarga
  • Mangsa Rogol dan Penderaan
  • Masalah Emosi / Perasaan
  • Masalah Rendah Keyakinan Diri
  • Perubahan Emosi akibat penyakit
  • Tekanan Ditempat Kerja
  • Tidak Boleh Terima Keadaan Penyakit
  • Tidak Boleh Ubah Tingkahlaku Negatif
 
  1. Melaksanakan kaunseling individu kepada pesakit (dirujuk) dan kakitangan (dirujuk/sukarela) hospital Serdang.
  2. Melaksanakan kaunseling kelompok kepada kakitangan hospital Serdang yg dirujuk bersesuaian dengan isu yg dihadapi.
  3. Melaksanakan kursus/bengkel/ seminar bagi meningkatkan pembangunan kendiri kakitangan hosp Serdang.
  4. Mentadbir ujian psikologi kepada kakitangan hosp Serdang dan pesakit menggunakan ujian yg bersesuaian.
  5. Melaksanakan kajian psikologi yg bersesuaian di hosp.
  6. Melaksanakan saringan kewangan peribadi bagi kakitangan hosp Serdang yg tersenarai di bawah keterhutangan serius.
  7. Menjalankan saringan dan penentuan intervensi bagi kakitangan hosp Serdang yg terlibat dlm Program Dasar Pemisah.
  8. Perkhidmatan Psychological First Aid (PFA) - Pre and Post Deployment kpd kakitangan hosp Serdang yg terlibat.

 Isnin hingga Jumaat :
 8.30 pg - 4.30 ptg
 

Objektif

Menyampaikan perkhidmatan Psikologi Kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti. 

Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi(Kaunseling) secara berterusan

Melaksanakan perkhidmatam berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.

Visi

Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional

Misi

Perkhidmatan Psikologi Kaunseling ini diberikan oleh pegawai yang konpeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif

Piagam Pelanggan

  • Menerima klien yang datang bersama surat rujukan daripada Pegawai Perubatan tanpa mengira latar belakang serta status ekonomi.
  • Maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5 hari bekerja.
  • Memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan berkualiti kepada klien (pesakit serta ahli keluarga pesakit, staf hospital dan ahli keluarga staf)
  • Menjalankan sesi intervensi psikologi dan kaunseling INDIVIDU sekurang-kurangnya 30 minit (1 sesi).
  • Merahsiakan maklumat yang diberikan klien selagi ianya tidak membahayakan nyawa klien atau individu lain.

 

Unit Psikologi Kaunseling

 KETUA JABATAN

hod rosmawati kaunseling

Rosmawati binti Mokhtar
@moh.gov.my
1112

 

PENGENALAN

Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan pada tahun 2005 di Hospital Serdang. Unit ini berada di bawah perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital. Seramai 4 orang Pegawai Psikologi menawarkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang.

Pegawai Psikologi akan menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi kaunseling dalam membantu klien menangani cabaran hidup. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling adalah perlu bagi menghasilkan perkhidmatan yang efektif serta professional.

Bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang, klien perlu mendapatkan surat rujukan daripada pegawai perubatan sama ada di klinik atau hospital kerajaan terlebih dahulu. Seterusnya, surat rujukan tersebut diserahkan kepada Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang dan tarikh temujanji akan diberikan. Sesi bersama klien adalah berdasarkan temujanji sahaja

 

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Remaja
  • Kaunseling Kanak-kanak
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya
  • Inventori Psikologi
  • Intervensi Krisis
  • Kaunseling Motivasi
  • Ujian Psikologi / Psikometrik
  • Masalah Interpersonal
  • Masalah Remaja
  • Masalah Keluarga
  • Mangsa Rogol dan Penderaan
  • Masalah Emosi / Perasaan
  • Masalah Rendah Keyakinan Diri
  • Perubahan Emosi akibat penyakit
  • Tekanan Ditempat Kerja
  • Tidak Boleh Terima Keadaan Penyakit
  • Tidak Boleh Ubah Tingkahlaku Negatif
 

Objektif

 

Visi

Menjana Kecemerlangan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Yang Profesional

Misi

Unit Psikologi dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling yang:

  • Responsif dan prihatin terhadap pelanggan
  • Dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan
  • Digunakan intervensi yang bersesuaian berfokuskan pendekatan kemanusiaan
  • Ditambahbaik perkhidmatan psikologi dan kaunseling dengan proses penyelidikan serta inovasi yang bersesuaian.

Piagam Pelanggan

  • Menerima klien yang datang bersama surat rujukan daripada Pegawai Perubatan tanpa mengira latar belakang serta status ekonomi.
  • Maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5 hari bekerja.
  • Memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan berkualiti kepada klien (pesakit serta ahli keluarga pesakit, staf hospital dan ahli keluarga staf)
  • Menjalankan sesi intervensi psikologi dan kaunseling INDIVIDU sekurang-kurangnya 30 minit (1 sesi).
  • Merahsiakan maklumat yang diberikan klien selagi ianya tidak membahayakan nyawa klien atau individu lain.

Jabatan Pergigian Pediatrik

 KETUA JABATAN

Dr. Shanthini Devi A/P Subramaniam
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1191

 

PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Serdang diwujudkan dalam tahun 2007 bagi mengendalikan dengan lebih baik perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik yang telah dimulakan semenjak pertengahan tahun 2006.

.

 

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi:

  • Rawatan pergigian untuk kanak-kanak yang gementar dan memerlukan rawatan pergigian  komprehensif, dibawah bius am
  • Rawatan pergigian untuk kanak-kanak istimewa (pesakit jantung kongenital)
  • Pengendalian kes-kes trauma orofasial
  • Pengendalian kes –kes patologi mulut

Fasiliti/ Kemudahan :

  • Klinik Pergigian Pediatrik : 2 buah kerusi pergigian
  • Unit Rawatan Harian : rawatan di dewan bedah
  • Wad 5B dan 6A : rawatan pesakit dalam
  • Jabatan Kecemasan : rawatan kecemasan di luar waktu pejabat


 Klinik Pergigian Pediatrik Hospital Serdang kini sudah dibuka
 semula berikutan Hospital Serdang sudah tidak lagi
 dikategorikan sebagai Hospital untuk pesakit Covid 19
 sepenuhnya.

 Perkhidmatan rawatan pergigian di dewan pembedahan juga
 telah dimulakan semula.

 
 Pesakit luar dan rawatan harian :
 Isnin - Jumaat; 8 pg - 5 ptg

 Pesakit dalam :
 24 jam setiap hari

 Selasa : Rawatan di Dewan Pembedahan

 Rabu dan Khamis : Hari Rundingan Kes Baru
 

Objektif

  • Menyediakan dan memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara  menyeluruh kepada semua  kes rujukan kanak-kanak berasaskan kepada kaedah pencegahan, konservatif  dan kuratif  dengan penekanan kepada konsep  ‘orally-fit’.

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan terhadap masalah utama kesihatan pergigian terutamanya di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui khidmat nasihat dan kaedah pencegahan klinikal.

  • Menyampaikan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik dengan memberi  tumpuan  ke atas pesakit dan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui penglibatan aktif semua anggota yang berpengetahuan luas.

Visi

Melahirkan kanak-kanak sebagai individu yang sihat menyeluruh bersandarkan  kepada kesihatan pergigian yang optimum melalui perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang cemerlang.

Misi

Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui perkhidmatan kepakaran pergigian yang mudah dicapai dan berkesan, di samping memupuk sikap positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian yang berterusan daripada peringkat kanak-kanak.

Piagam Pelanggan

  1. Klinik Pergigian Pediatrik ini hanya menerima kes rujukan sahaja.

  2. Setiap pesakit yang dirujuk akan diberi temujanji terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan perundingan diikuti oleh temujanji susulan untuk rawatan.

  3. Temujanji yang diberikan akan berasaskan keutamaan dan kesusaian masa.

  4. Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan.

  5. Semua pesakit yang hadir mengikut masa temujanji akan diperiksa atau dirawat dalam masa 30 minit selepas didaftarkan.

  6. Penjelasan sewajarnya akan diberikan berhubung masalah yang dialami , pilihan rawatan, prosedur rawatan serta kos jika berkenaan.

  7. Segala maklumat berkaitan pesakit akan diberikan dan hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai capaian kepada maklumat tersebut.

  8. Semua pesakit akan mendapat layanan mesra dan bertimbang rasa serta menerima rawatan yang komprehensif dan berkualiti.

 

Jabatan Pergigian Pediatrik

 KETUA JABATAN

Dr. Shantini Devi A/P Subramaniam
1191

 

PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Serdang diwujudkan dalam tahun 2007 bagi mengendalikan dengan lebih baik perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik yang telah dimulakan semenjak pertengahan tahun 2006.

 

 

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi:

  • Rawatan pergigian untuk kanak-kanak yang gementar dan memerlukan rawatan pergigian  komprehensif, dibawah bius am
  • Rawatan pergigian untuk kanak-kanak istimewa (pesakit jantung kongenital)
  • Pengendalian kes-kes trauma orofasial
  • Pengendalian kes –kes patologi mulut

Fasiliti/ Kemudahan :

  • Klinik Pergigian Pediatrik : 2 buah kerusi pergigian
  • Unit Rawatan Harian : rawatan di dewan bedah
  • Wad 5B dan 6A : rawatan pesakit dalam
  • Jabatan Kecemasan : rawatan kecemasan di luar waktu pejabat
 

Objektif

 

Visi

Melahirkan kanak-kanak sebagai individu yang sihat menyeluruh bersandarkan  kepada kesihatan pergigian yang optimum melalui perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang cemerlang.

Misi

Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui perkhidmatan kepakaran pergigian yang mudah dicapai dan berkesan, di samping memupuk sikap positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian yang berterusan daripada peringkat kanak-kanak.

Piagam Pelanggan

  1. Klinik Pergigian Pediatrik ini hanya menerima kes rujukan sahaja.
  2. Setiap pesakit yang dirujuk akan diberi temujanji terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan perundingan diikuti oleh temujanji susulan untuk rawatan.
  3. Temujanji yang diberikan akan berasaskan keutamaan dan kesusaian masa.
  4. Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan.
  5. Semua pesakit yang hadir mengikut masa temujanji akan diperiksa atau dirawat dalam masa 30 minit selepas didaftarkan.
  6. Penjelasan sewajarnya akan diberikan berhubung masalah yang dialami , pilihan rawatan, prosedur rawatan serta kos jika berkenaan.
  7. Segala maklumat berkaitan pesakit akan diberikan dan hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai capaian kepada maklumat tersebut.
  8. Semua pesakit akan mendapat layanan mesra dan bertimbang rasa serta menerima rawatan yang komprehensif dan berkualiti.

 

JABATAN PEMBEDAHAN BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL

KETUA JABATAN

Dr. Sharifah Munirah Al-Idrus Binti Syed Jaafar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1186

 

PENGENALAN

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Serdang terletak di aras 2 Klinik  Pakar, Hospital Serdang.

Matlamat Jabatan ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit mulut, rawatan pembedahan dan juga rehabilitasi kepada semua pesakit yang mempunyai masalah pembedahan mulut, maksilofasial dan pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik serta peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally fit’.

 Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi kes-kes berkaitan dengan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial dari semua hospital/klinik kerajaan mahupun swasta dengan keutamaan kepada penduduk dari daerah Hulu Langat, Sepang dan Petaling. Jabatan ini mula dibuka dan menerima pesakit pada 8 Disember 2005.

Jabatan ini menjalankan fungsi utamanya melalui perkhidmatan pesakit luar di klinik pakar, pesakit dalam (Wad 6A & 8B), rawatan pembedahan, rawatan kecemasan dan klinik gabungan.

Klinik Bedah Mulut mempunyai kemudahan-kemudahan berikut:

  1. Empat(4) unit bilik rawatan untuk pegawai pergigian (3 untuk pegawai pergigian Bedah Mulut dan 1 untuk pegawai pergigian Pergigian Pediatrik)
  2. Tiga(3) unit bilik rawatan kepakaran (2 unit untuk pakar Bedah Mulut dan 1 unit untuk pakar Pergigian Kanak-kanak)
  3. Satu(1) bilik X-ray
  4. Satu(1) makmal pergigian
  5. Ruang pemulilhan
  6. Ruang menunggu
  7. Bilik seminar
  8. Bilik kaunseling
  9. Bilik pensterilan & Utility
  10. Stor peralatan & Stor bahan

Klinik Bedah Mulut juga ada menempatkan 1 unit kerusi pergigian di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dan 1 unit di Wad 6A (wad bersama Jabatan ENT & Optalmologi)

Jabatan Pembedahan Mulut juga mengambil bahagian secara aktif serta menitik beratkan aktiviti-aktiviti kualiti seperti QA, KPI, NIA, PSI, serta mengadakan CME (Continuing Medical Education) dan CDE (Continuing Dental Education) untuk pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Jabatan ini juga menjalankan latihan untuk pelatih pembantu pembedahan pergigian, pegawai pergigian tahun pertama dan pergawai pergigian sarjana tahun akhir dalam bidang kepakaran pembedahan mulut & maksilofasial.

 

Perkhidmatan yang disediakan di jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Klinik Pakar
  2. Rawatan pesakit dalam
  3. Rawatan Pembedahan
  4. Rawatan kes-kes kecemasan
  5. Perkhidmatan makmal pergigian dan radiologi pergigian
  6. Klinik gabungan untuk kanser mulut bersama onkologi & órthonagthic bersama orthodontist
  7. Forensik odontologi
  8. Latihan dan pembelajaran professional yang berterusan
 
   1. Klinik Pakar (Pesakit luar)
   2. Rawatan pesakit dalam
   3. Rawatan Pembedahan
   4. Rawatan kes-kes kecemasan
   5. Perkhidmatan makmal pergigian dan radiologi pergigian
   6. Klinik gabungan untuk kanser mulut bersama pakar
       Onkologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL)& órthognathic
       bersama pakar-pakar Bedah Mulut dan Orthodontik
   7. Odontologi Forensik
   8. Latihan dan pembelajaran professional yang berterusan

   Jabatan/klinik ini menerima kes-kes seperti berikut:

     A. Kecederaan Mulut & Maksilofasial
            1. Kecederaan tisu lembut dibahagian muka
            2. Kepatahan tulang muka
            3. Kecederaan gigi

     B. Kecacatan Mulut & Maksilofasial (facial deformity)
           1. Pesakit sumbing bibir dan lelangit (left lip & palate)
           2. Pesakit yang memerlukan pembedahan
               ‘Orthognathic’

     C. Perubatan Mulut & Patologi Mulut
           1. Kesakitan bahagian muka (Facial Pain)
           2. Penyakit Bahagian Mulut (Oral Pathology)
           3. Kanser mulut (Oral Cancer)
           4. Lain-lain ketumbuhan di bahagian mulut
           5. Perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka
               disebabkan penyakit/ ketumbuhan
           6. Sista tulang dan tisu lembut di bahagian mulut &
               muka (Cystic Lesion)
           7. Masalah kelenjar air liur
           8. Perubahan pada saluran darah bahagian mulut &
               muka (vascular maeformetion)

     D. Masalah Oral & Maksilofasial
          1. Pembentukan semula ketidaksempurnaan
              (reconstruction of ditect)
          2. Pembedahan ‘Pre- Prosthesi’
          3. Pembedahan tulang sokongan gigi (alveolectomy/
              alveoplasty) any abnormality at alveolar bone
          4. Masalah-masalah Temporomandibular Joint / sendi
              rahang
          5. Jangkitan oro-fasial (oro-facial infection)

     E. Pesakit dengan masalah perubatan (Medically
         Compromise Patient) yang memerlukan rawatan
         pergigian asas seperti berikut:

          1. Cabutan gigi
          2. Tampalan
          3. Penskaleran
          4. Gigi palsu
          5. Rawatan endodontik mudah

     F. Rawatan Implantology

     G. Pergigian Forensic (Forensic Odontology)

     H. Lain-lain Rawatan
          Rawatan Pergigian Am untuk Kakitangan Hospital
          Serdang.
 
 KLINIK  JABATAN BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL

HARI PAGI PETANG
ISNIN

Kes Perundingan Baru
Kes Ulangan / Prosedur
Kes Kecemasan

Kes Perundingan Baru
Kes Ulangan / Prosedur
Kes Kecemasan
SELASA Kes Perundingan Baru
Kes Ulangan / Prosedur
Kes Kecemasan
Kes Perundingan Baru
Kes Ulangan / Prosedur
Kes Kecemasan
RABU  Pembedahan (Dewan Bedah)
Kes kecemasan
Rawatan Asas Pergigian
(Kakitangan Hospital)
Pembedahan (Dewan Bedah)
Kes kecemasan
Rawatan Asas Pergigian
(Kakitangan Hospital) 
KHAMIS  Kes Perundingan Baru
Kes Ulangan / Prosedur
Kes Kecemasan
Kes Perundingan Baru
Kes Ulangan / Prosedur
Kes Kecemasan 
JUMAAT Kes Ulangan / Prosedur
Kes kecemasan
Rawatan Asas Pergigian
(Kakitangan Hospital)
Kes Ulangan / Prosedur
Kes kecemasan
Rawatan Asas Pergigian
(Kakitangan Hospital) 
 

OBJEKTIF UMUM

  • Memberikan perkhidmatan kesihatan mulut yang bersesuaian, tepat dan menyeluruh kepada pesakit - pesakit dalaman dan luaran yang dirujuk ke jabatan ini.


    OBJEKTIF KHAS

  • Memberi perkhidmatan perundingan  dan mengendalikan pesakit yang dirujuk yang mempunyai masalah berkaitan pembedahan mulut.
  • Menyediakan pekhidmatan pengimejan pergigian dan perkhidmatan sokongan kesihatan pergigian yang berkaitan
  • Memberikan sokongan  dan menyediakan perkhidmatan kesihatan mulut dan pergigian yang menyeluruh kepada kumpulan populasi khas seperti pesakit yang mengalami masalah perubatan.
  • Memberikan latihan kemahiran dan aktiviti penyelidikan di dalam bidang pembedahan mulut dan maksilofacial

Visi

Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan bertimbang rasa terhadap pesakit dengan memberi rawatan yang berkualiti tinggi dan menepati keperluan dengan menggunakan  teknologi  terkini dalam pengendalian pesakit.

Misi

Menjadi  pusat rujukan pilihan bagi kes-kes pembedahan mulut dan maksilofasial serta perubatan mulut.

Piagam Pelanggan

Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional

  1. Kami akan memberikan rawatan pembedahan mulut dan maksilofasial yang bersesuaian, berkesan dan memenuhi keperluan kesihatan pesakit
  2. Pesakit akan diberi rawatan yang sewajarnya secara mesra, sopan, bertimbang rasa, adil dan ikhlas
  3. Pesakit akan didaftarkan dalam masa 30 minit
  4. Perundingan dan rawatan akan dimulakan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran kecuali dalam situasi yang tidak dapat dielakkan
  5. Pesakit dan waris akan diberi penerangan mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko, kos, komplikasi dan pilihan rawatan yang lain
  6. Setiap maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang

Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:

  1. Mematuhi segala peraturan dan polisi hospital.
  2. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung dengan Ketua Jabatan atau Penyelia yang bertugas pada hari ini.