A- A A+

Jabatan Pediatrik

KETUA JABATAN

Dr. Rohaizah Binti Borhan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1853

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik memulakan perkhidmatan di Hospital Serdang pada Oktober 2005. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan kanak-kanak akut dan kronik. Ia meliputi kes-kes perawatan bayi yang baru dilahirkan ( neonatal ) sehingga kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 12 tahun, mereka akan dirawat mengikut keadaan dan keperluan penyakit. Bagi kes-kes tertentu perawatan perubatan diberikan sehingga remaja berumur 18 tahun.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan peakit luar di klinik pakar kanak-kanak ( outpatient ) dan juga pesakit dalam (in patient). Secara amnya Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan pediatrik `secondary’ kepada pesakit kanak-kanak akut dan kronik. Kami juga memberikan perkhidmatan perubatan `tertiary’ untuk subkepakaran Kardiologi dan Kardiothorasik ( Pembedahan Jantung ), Neonatologi, Respiratori dan Perawatan Rapi Pediatrik.

Jabatan Pediatrik mempunyai 2 buah wad kanak-kanak general yang mempunyai 28 buah katil setiap satu, sebuah wad Kardiologi kanak-kanak 28 buah katil, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) 38 buah katil dan Unit Rawatan Rapi Kardiologi pediatrik (PCICU) dengan 5 buah katil. Jabatan ini juga dilengkapi dengan makmal tidur dan menjadi pusat rujukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur.

Perkhidmatan Pesakit Luar (Aras 2, Pintu 2)

  • Klinik Pakar Pediatrik - menyediakan khidmat runding cara dan perawatan pelbagai masalah kesihatan kanak- kanak umum, perkembangan dan tumbesaran.
  • Klinik Pakar Kardiologi Pediatrik - menyediakan khidmat runding cara dan perawatan penyakit jantung kanak-kanak.
  • Klinik Pakar Respiratori Pediatrik - menyediakan khidmat runding cara dan perawatan penyakit pulmonologi kanak-kanak.
  • Klinik Obesiti Pediatrik - menyediakan program intervensi menangani masalah obesiti kanak-kanak dengan gabungan khidmat bersama dari Unit Fisioterapi, Diet, dan Kaunseling
  • Klinik Tuberkulosis (TB) Pediatrik - menyediakan khidmat khusus perawatan Tuberkulosis
  • Klinik Suspected Child Abuse Neglect (SCAN)
  • Klinik Bereavement
  • Klinik Post COVID-19

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Wad Pediatrik ( General ) 5A (Aras 5)
  • Wad Pediatrik ( Multidiscipline ) 5B (Aras 5)
  • Wad Pediatrik ( Kardiologi ) 6D (Aras 6)
  • Neonatal Intensive Care Unit (NICU) (Aras 2)
  • Special Care Nursery (SCN) (Aras 2)
  • Paediatric Cardiac Intensive Care Unit (PCICU) (Aras 4)
  • Pembedahan Kardiothorasik Pediatrik

Perkhidmatan Pesakit Unit Rawatan Harian (Aras 4)

  • Unit rawatan harian semia (Daycare Unit)
  • Prosedur Radiologi Pediatrik
  • Prosedur Respiratori Pediatrik

Perkhidmatan Pesakit Ambulatori Respiratori Pediatrik

  • Home Oxygen Program
  • Home Ventilation Program
  1. Bermula bulan Mac 2020, Klinik Pakar Pediatrik telah melaksanakan sistem temujanji secara berperingkat untuk menambah baik aliran pesakit dan mengelakkan kesesakan. Pesakit adalah dimohon untuk mengikuti temujanji yang telah diberikan.
  2. Hanya seorang ibu/bapa/penjaga dibenarkan untuk menemani pesakit sewaktu temujanji di klinik/Unit Rawatan Harian dan juga ketika menerima rawatan di wad. Semasa kemasukan ke Unit Rawatan Harian atau wad, pesakit dan peneman akan menjalani ujian saringan RTK Ag Covid 19.
  3. Bermula Ogos 2021, semua pesakit Talasemia akan menjalani transfusi darah di Wad Pediatrik, 6D (aras 6) buat sementara waktu sehingga Unit Rawatan Harian (Daycare Ward) kembali beroperasi seperti sediakala.
 
  1. Antara aktiviti dalaman Jabatan
    • Daily morning passover
    • Ward rounds
    • Grand ward round
    • Continuous Medical Education (CME) setiap Selasa dan Rabu
    • Perbincangan Kes Morbiditi & Mortaliti Jabatan setiap bulan
    • Journal read setiap Jumaat
    • Paediatric Radiology Conference setiap Rabu
    • Mesyuarat Jabatan setiap 3 bulan
    • Mesyuarat antara Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi setiap 3 bulan
    • Mesyuarat SCAN TEAM setiap 3 bulan
  2. Aktiviti Latihan Peringkat Hospital/ Negeri/ Negara anjuran Jabatan
    • Bengkel Asma
    • Bengkel 20 jam Penyusuan Susu Ibu
    • Bengkel SCAN
    • Bengkel Ekokardiografi
    • Bengkel Neonatal Resuscitation Programme (NRP)
    • Kursus Talasemia
 
Objektif

 Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.

Visi

Misi

  • Berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit kanak-kanak dengan penggunaan teknologi yang sesuai dan berasaskan kepada hasil penyelidikan perubatan (evidence-based-medicine) dengan memberikan penekanan pada aspek kekeluargaan dan sosial.
  • Menyediakan perkhidmatan perubatan dalam persekitaran dinamik yang mempromosikan pembelajaran berterusan untuk semua kakitangan perubatan dan meyokong, serta menjaga satu sama lain bagi menghasilkan satu suasana persekitaran yang penuh rasa hormat -menghormati dan persefahaman.

Piagam Pelanggan

PESAKIT LUAR

  1. Pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa kurang daripada 60minit selepas urusan pendaftaran kecuali untuk kes-kes tertentu.
  2. Pesakit yang dirujuk akan diberi tarikh temujanji di klinik dalam jangkamasa 4-6minggu dari tarikh pesakit datang ke klinik untuk mendapatkan tarikh temujanji kecuali kes-kes tertentu.

PESAKIT DALAM

  1. Pesakit yang tidak kritikal akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam jangkamasa 60minit selepas kemasukan wad.
  2. Pesakit yang kritikal akan diperiksa dengan serta-merta oleh Pegawai Perubatan sebaik dimasukkan ke wad.

Jabatan Pediatrik

KETUA JABATAN

Dr. Rohaizah Binti Borhan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1853

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik memulakan perkhidmatan di Hospital Serdang pada Oktober 2005. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan kanak-kanak akut dan kronik. Ia meliputi kes-kes perawatan bayi yang baru dilahirkan ( neonatal ) sehingga kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 12 tahun, mereka akan dirawat mengikut keadaan dan keperluan penyakit. Bagi kes-kes tertentu perawatan perubatan diberikan sehingga remaja berumur 18 tahun.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan peakit luar di klinik pakar kanak-kanak ( outpatient ) dan juga pesakit dalam (in patient). Secara amnya Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan pediatrik `secondary’ kepada pesakit kanak-kanak akut dan kronik. Kami juga memberikan perkhidmatan perubatan `tertiary’ untuk subkepakaran Kardiologi dan Kardiothorasik ( Pembedahan Jantung ), Neonatologi, Respiratori dan Perawatan Rapi Pediatrik.

Jabatan Pediatrik mempunyai 2 buah wad kanak-kanak general yang mempunyai 28 buah katil setiap satu, sebuah wad Kardiologi kanak-kanak 28 buah katil, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) 38 buah katil dan Unit Rawatan Rapi Kardiologi pediatrik (PCICU) dengan 5 buah katil. Jabatan ini juga dilengkapi dengan makmal tidur dan menjadi pusat rujukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur.

Farmasi Pesakit Dalam

Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.
Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.
 
Objektif

 Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.

Visi

Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.

Misi

  • Berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit kanak-kanak dengan penggunaan teknologi yang sesuai dan berasaskan kepada hasil penyelidikan perubatan (evidence-based-medicine) dengan memberikan penekanan pada aspek kekeluargaan dan sosial.
  • Menyediakan perkhidmatan perubatan dalam persekitaran dinamik yang mempromosikan pembelajaran berterusan untuk semua kakitangan perubatan dan meyokong, serta menjaga satu sama lain bagi menghasilkan satu suasana persekitaran yang penuh rasa hormat -menghormati dan persefahaman.

Piagam Pelanggan

Jabatan Obstetrik & Ginekologi

KETUA JABATAN 
Dr Suzana Binti Abu Hanet
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1996

PENGENALAN

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan rawatan sekunder kepada ibu-ibu mengandung, kelahiran bayi, rawatan asas bayi-bayi baru lahir dan juga pesakit-pesakit ginekologi (sakit puan). Jabatan ini mula beroperasi pada 25 November 2005; dimulakan dengan perkhidmatan asas sehingga kini sudah diperkembangkan perkhidmatan ke arah rawatan tertiari dengan adanya perkhidmatan sub-kepakaran Maternal Fetal Medicine (MFM) dan Gine-Onkologi. Subkepakaran Gine-Onkologi bermula dengan adanya Pakar sub-kepakaran di hospital ini yang memulakan perkhidmatan semenjak Oktober 2012.

Kerjasama dengan Jabatan O&G Universiti Putra Malaysia (UPM) juga membantu meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan, ditambah lagi dengan jaringan perkhidmatan sub-kepakaran yang disediakan seperti Reproduktif (untuk kes-kes ‘Infertility’).

Liputan perkhidmatan jabatan ini meliputi tiga daerah dalam Negeri Selangor iaitu Petaling , Sepang dan Hulu Langat dengan penduduk yang berjumlah lebih dari 2 juta orang . Jabatan juga menerima banyak rujukan-rujukan dari klinik-klinik kesihatan kerajaan dan swasta dari dalam kawasan liputan dan diluar kawasan liputan seperti Putrajaya, Nilai, Cheras, Kajang dan lain-lain lagi.

Peruntukan dan penyediaan perkhidmatan kami adalah selaras dengan pekeliling perbendaharaan bil.11 tahun 1988 dan perlembagaan memberi kuasa kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Obstetrik dan Ginekologi untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi, Akta Perubatan (1971), Akta Racun (1952), dan Fees Ordinance (1982). Jabatan O&G berusaha untuk memberi perkhidmatan O&G yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan, efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan diberi oleh kakitangan terlatih, menggunakan kaedah prosedur terkini, peralatan yang cukup. Jabatan O&G mengamalkan kaedah pemantaun berterusan dan keadaan sekitaran yang kondusif bersesuaian dan mengikuti piawaian Standard Kebangsaan dan Antarabangsa, berlandaskan polisi, Standard Proses Kerja dan Garis Panduan Jabatan sedia ada.

Pengendalian pengurusan kes dan data pesakit adalah di bawah pengendalian sistem Teknologi Maklumat Hospital yang diurus secara integrasi iaitu ‘Hospital Information System’ (eHIS) dan menepati polisi standard operasi kerja Jabatan dan Hospital. Sehingga kini Jabatan O&G sudah beroperasi selama lebih dari 15 tahun dan merupakan salah satu penyumbang terbesar bilangan pesakit hospital ini. Kelahiran saban tahun meningkat sebanyak 10-20%.

PERKHIDMATAN JABATAN OBSTETRIK

  1. Rawatan Pesakit Luar di Klinik Pakar O&G:
    • Antenatal (ibu mengandung)
    • Postnatal (ibu selepas bersalin)
    • Ginekologi (sakit puan)
    • ‘Detailed’ Ultrasound
    • Klinik ‘Maternal Fetal Medicine’ (MFM)
    • Klinik ‘Combined’ (Medical, Endocrine & Cardiology)
    • Klinik ‘Pre-pregnancy’
    • Klinik ‘Colposcopy’
    • Klinik ‘Gine-Onkologi’
    • Rawatan ’Early Pregnancy Disorder’ (EPAU)
    • Rawatan harian Obstetrik & Ginekologi (seperti pengambilan darah, suntikan dsb)

  2. Rawatan Pesakit Dalam O&G:
    • Rawatan Bersalin
    • Pemberian epidural melalui perkhidmatan ‘Obstetric Analgesia Service’ oleh Jabatan
    • Anaesthesia
    • Rawatan Observasi untuk kes berisiko tinggi
    • Rawatan Bayi Baru Lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG , implementasi ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi
    • ‘External Cephalic Version’ (ECV)
    • Wad Obstetrik (5E dan 5F – Integrasi Antenatal dan Post Natal)
    • Wad Ginekologi (6B)
    • Wad 8B (Kelas Pertama)

  3. ‘Patient Admission Centre’ (PAC)
  4. Panggilan Ambulan untuk kes materniti
  5. Pembedahan Obstetrik dan Ginekologi
  6. Pembedahan Harian Ginekologi
  7. Rawatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Sexual Child and Neglect (SCAN) di Jabatan Kecemasan
  8. Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan
  9. Rujukan ’Interdepartmental’
  10. Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
  11. Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’/ Perancangan Keluarga

Tempoh kemasukan wad dan menunggu katil pesakit adalah dalam tempoh 24-48 jam
 
Objektif

Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada ibu mengandung, bagi memastikan proses kelahiran yang efisien dan selamat disamping mengurangkan morbiditi dan mortaliti ibu dan bayi.

Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pesakit ginekologi dari pelbagai peringkat termasuk ujian saringan, memberi diagnosis awal, rawatan segera serta tempoh sembuh yang singkat, rehabilitasi yang mantap bagi mengurangkan komplikasi, morbiditi dan mortaliti. 

Visi

  • Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) komited dalam menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi yang bermutu tinggi, oleh kakitangan terlatih menggunakan teknologi yang terkini, kemudahan yang mencukupi dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta mesra pelanggan bagi mencapai hasil yang memuaskan terutama dalam mengurangkan mortaliti dan morbiditi ibu dan bayi

Misi

  • Memberi rawatan terbaik melalui perkhidmatan beretika dan berkualiti menerusi  budaya kerja korporat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan.

Piagam Pelanggan

  • Semua pelanggan dan keluarga menerima rawatan di Jabatan O&G ini, akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa dan jujur.
  • Pelanggan yang dalam keadaan kecemasan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dengan kadar segera.
  • Pelanggan yang dimasukkan ke dalam wad   akan mendapat pemeriksaan  dari Pegawai Perubatan dalam masa 1 jam.
  • Orientasi wad serta peraturan hospital bagi pelanggan (inpatient) akan diberi dalam masa 2 jam selepas kemasukan.
  • Pakar Obstetrik & Ginekologi akan memeriksa pelanggan dalam masa 24  jam (maksimum)  selepas kemasukan.
  • Setiap bayi yang dilahirkan akan diberi imunisasi yang diperlukan.
  • Pelanggan di klinik pakar Obstetrik & Ginekologi akan diberi layanan oleh wargakerja dalam masa 60 minit selepas didaftarkan di kaunter pendaftaran Klinik Pakar O&G.
  • Pelanggan dan waris akan diberi penerangan tentang prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko serta pilihan alternatif. Pelanggan diberi jaminan tentang kerahsiaan maklumat kesihatan.

Jabatan Obstetrik & Ginekologi

KETUA JABATAN
 
Dr Suzana Binti Abu Hanet
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1996

PENGENALAN

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan rawatan sekunder kepada ibu-ibu mengandung, kelahiran bayi, rawatan asas bayi-bayi baru lahir dan juga pesakit-pesakit ginekologi (sakit puan). Jabatan ini mula beroperasi pada 25 November 2005; dimulakan dengan perkhidmatan asas sehingga kini sudah diperkembangkan perkhidmatan ke arah rawatan tertiari dengan adanya perkhidmatan sub-kepakaran Maternal Fetal Medicine (MFM) dan Gine-Onkologi. Subkepakaran Gine-Onkologi bermula dengan adanya Pakar sub-kepakaran di hospital ini yang memulakan perkhidmatan semenjak Oktober 2012.

Kerjasama dengan Jabatan O&G Universiti Putra Malaysia (UPM) juga membantu meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan, ditambah lagi dengan jaringan perkhidmatan sub-kepakaran yang disediakan seperti Reproduktif (untuk kes-kes ‘Infertility’).

Liputan perkhidmatan jabatan ini meliputi tiga daerah dalam Negeri Selangor iaitu Petaling , Sepang dan Hulu Langat dengan penduduk yang berjumlah lebih dari 2 juta orang . Jabatan juga menerima banyak rujukan-rujukan dari klinik-klinik kesihatan kerajaan dan swasta dari dalam kawasan liputan dan diluar kawasan liputan seperti Putrajaya, Nilai, Cheras, Kajang dan lain-lain lagi.

Peruntukan dan penyediaan perkhidmatan kami adalah selaras dengan pekeliling perbendaharaan bil.11 tahun 1988 dan perlembagaan memberi kuasa kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Obstetrik dan Ginekologi untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi, Akta Perubatan (1971), Akta Racun (1952), dan Fees Ordinance (1982). Jabatan O&G berusaha untuk memberi perkhidmatan O&G yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan, efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan diberi oleh kakitangan terlatih, menggunakan kaedah prosedur terkini, peralatan yang cukup. Jabatan O&G mengamalkan kaedah pemantaun berterusan dan keadaan sekitaran yang kondusif bersesuaian dan mengikuti piawaian Standard Kebangsaan dan Antarabangsa, berlandaskan polisi, Standard Proses Kerja dan Garis Panduan Jabatan sedia ada.

Pengendalian pengurusan kes dan data pesakit adalah di bawah pengendalian sistem Teknologi Maklumat Hospital yang diurus secara integrasi iaitu ‘Hospital Information System’ (eHIS) dan menepati polisi standard operasi kerja Jabatan dan Hospital. Sehingga kini Jabatan O&G sudah beroperasi selama lebih dari 15 tahun dan merupakan salah satu penyumbang terbesar bilangan pesakit hospital ini. Kelahiran saban tahun meningkat sebanyak 10-20%.

PERKHIDMATAN JABATAN OBSTETRIK

  1. Rawatan Pesakit Luar di Klinik Pakar O&G:
    • Antenatal (ibu mengandung)
    • Postnatal (ibu selepas bersalin)
    • Ginekologi (sakit puan)
    • ‘Detailed’ Ultrasound
    • Klinik ‘Maternal Fetal Medicine’ (MFM)
    • Klinik ‘Combined’ (Medical, Endocrine & Cardiology)
    • Klinik ‘Pre-pregnancy’
    • Klinik ‘Colposcopy’
    • Klinik ‘Gine-Onkologi’
    • Rawatan ’Early Pregnancy Disorder’ (EPAU)
    • Rawatan harian Obstetrik & Ginekologi (seperti pengambilan darah, suntikan dsb)

  2. Rawatan Pesakit Dalam O&G:
    • Rawatan Bersalin
    • Pemberian epidural melalui perkhidmatan ‘Obstetric Analgesia Service’ oleh Jabatan
    • Anaesthesia
    • Rawatan Observasi untuk kes berisiko tinggi
    • Rawatan Bayi Baru Lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG , implementasi ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi
    • ‘External Cephalic Version’ (ECV)
    • Wad Obstetrik (5E dan 5F – Integrasi Antenatal dan Post Natal)
    • Wad Ginekologi (6B)
    • Wad 8B (Kelas Pertama)

  3. ‘Patient Admission Centre’ (PAC)
  4. Panggilan Ambulan untuk kes materniti
  5. Pembedahan Obstetrik dan Ginekologi
  6. Pembedahan Harian Ginekologi
  7. Rawatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Sexual Child and Neglect (SCAN) di Jabatan Kecemasan
  8. Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan
  9. Rujukan ’Interdepartmental’
  10. Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
  11. Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’/ Perancangan Keluarga

1.RAWATAN PESAKIT LUAR DI KLINIK PAKAR :

  1. Antenatal
  2. Postnatal
  3. Ginekologi
  4. ‘Detailed’ Ultrasound
  5. Klinik ‘Maternal Fetal’
  6. Rawatan Harian Obstetrik
  7. Klinik ‘Combined’
  8. Klinik ‘Prepregnancy’
  9. Klinik ‘Wellness’
  10. Klinik Kolposkopi
  11. Klinik Histeroskopi

2.‘Patient Admission Centre’ (PAC)
3.Panggilan Ambulan untuk kes Materniti
4.Rawatan Pesakit Dalam :

  1. Rawatan Bersalin
  2. Rawatan Observasi untuk kes berisiko tinggi.
  3. Rawatan Bayi Baru Lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG , implementasi ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi.
  4. ‘External Cephalic Version’ ( ECV )
  5. Pengumpulan darah tali pusat untuk ‘Cord Blood Stem Cell ‘
  6. Wad Obstetrik ( 5E dan 5F – Integrasi Antenatal dan PostNatal )
  7. Wad Ginekologi ( 6B)
  8. Wad 8B ( Kelas pertama )

5.Pembedahan Obstetrik dan Ginekologi
6.Pembedahan Harian Ginekologi
7.Rawatan ’Early Pregnancy Disorder’ (EPAU)
8.Rawatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Sexual Child and Neglect (SCAN) di Jabatan Kecemasan.
9.Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan.
10.Rujukan ’Interdepartmental’
11.Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
12.Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’/Perancangan Keluarga.

KEMUDAHAN JABATAN OBSTETRIK

LOKASI

Bilik / Kawasan

Peralatan

Klinik Pakar

Ruang Penilaian Jururawat

Makmal ((Pemeriksaan Air Kencing)

Pejabat

Bilik Fail

Bilik rundingan (8)

Bilik prosedur (1)

Bilik Rawatan( 1)

Bilik Ultrasound

Rawatan Harian Obstetrik

Bilik Laktasi

Ruang Menunggu ( 2)

Bilik Pendidikan Kesihatan

Mesin ultrasound

Mesin CTG

Kolposkopi

Histeroskopi

Wad-wad

WAD 5E ( 28 katil + 9 katil ‘pseudobed’ )(Wad Kelas 2 dan 3 )

WAD 5F ( 28 katil + 9 katil ‘pseudobed’ )(Wad Kelas 2 dan 3 )

Bilik Transit ( 10 katil )(Kelas 3)

WAD 6B ( 28 katil )(Wad Kelas 2 dan 3 )

WAD 8B ( 28 katil ) ( Wad Kelas 1 )

Integrasi Antenatal dan Postnatal

Integrasi Antenatal dan Postnatal

Kongsi sama dengan Pembedahan Perempuan .

Multidisiplin

Kompleks Dewan Bersalin

PAC

BILIK BERSALIN (SUITES)

DEWAN BEDAH MATERNITI ( MOT )

12 katil

18 bilik individu ( 2 bilik kongsi 1 bilik air)

2 dewan bedah Materniti

Dewan Bedah Utama

Dewan Bedah 8

Dewan Bedah 1

Peruntukan untuk kes pembedahan Ginekologi

Peruntukan untuk kes kecemasan ( multidisiplin )

Dewan Bedah Harian

Dewan Bedah 18

Peruntukan untuk kes bedah Harian Ginekologi

Waktu Operasi

Hari

8:00pg - 1:00ptg

2:00ptg – 5:00ptg

Isnin

Klinik Antenatal ( Baru dan Susulan )
Pendidikan Antenatal / Orientasi Pesakit / Penyusuan Susu Ibu(10:00 – 10:45 pagi )
Rawatan Harian Obstetrik

Klinik Postnatal
Klinik ‘Detail scan dan Doppler’
Rawatan harian Obstetrik

Selasa

Klinik Ginekologi ( Baru dan Susulan )
Rawatan Harian Obstetrik

Klinik Ginekologi ( Baru dan Susulan )
Klinik Pre pregnancy ( Minggu Ketiga setiap bulan )
Klinik Wellness untuk kakitangan ( Minggu pertama)
Rawatan Harian Obstetrik

Rabu

Klinik Ginekologi ( Susulan)
Klinik Kolposkopi ( Minggu pertama dan ketiga)
Klinik Histeroskopi ( Minggu Kedua dan Keempat)
Rawatan Harian Obstetrik

Rawatan Harian Obstetrik
Klinik Combined

Khamis

Klinik Antenatal ( Baru dan Susulan )
Klinik Detail Scan ( oleh Pakar Maternal Fetal ) (Minggu kedua dan keempat)
Rawatan Harian Obstetrik

Klinik Post natal
Rawatan Harian Obstetrik

Jumaat

Rawatan Harian Obstetrik

Rawatan Harian Obstetrik

Objektif

Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada ibu mengandung, bagi memastikan proses kelahiran yang efisien dan selamat disamping mengurangkan morbiditi dan mortaliti ibu dan bayi.
Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pesakit ginekologi dari pelbagai peringkat termasuk ujian saringan, memberi diagnosis awal, rawatan segera serta tempoh sembuh yang singkat, rehabilitasi yang mantap bagi mengurangkan komplikasi, morbiditi dan mortaliti.

Visi

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) komited dalam menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi yang bermutu tinggi, oleh kakitangan terlatih menggunakan teknologi yang terkini, kemudahan yang mencukupi dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta mesra pelanggan bagi mencapai hasil yang memuaskan terutama dalam mengurangkan mortaliti dan morbiditi ibu dan bayi.

Misi

Memberi rawatan terbaik melalui perkhidmatan beretika dan berkualiti menerusi budaya kerja korporat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan.

Piagam Pelanggan

  1. Semua pelanggan dan keluarga menerima rawatan di Jabatan O&G ini, akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa dan jujur.
  2. Pelanggan yang dalam keadaan kecemasan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dengan kadar segera.
  3. Pelanggan yang dimasukkan ke dalam wad akan mendapat pemeriksaan dari Pegawai Perubatan dalam masa 1 jam.
  4. Orientasi wad serta peraturan hospital bagi pelanggan (inpatient) akan diberi dalam masa 2 jam selepas kemasukan.
  5. Pakar Obstetrik & Ginekologi akan memeriksa pelanggan dalam masa 24 jam (maksimum) selepas kemasukan.
  6. Setiap bayi yang dilahirkan akan diberi imunisasi yang diperlukan.
  7. Pelanggan di klinik pakar Obstetrik & Ginekologi akan diberi layanan oleh wargakerja dalam masa 60 minit selepas didaftarkan di kaunter pendaftaran Klinik Pakar O&G.
  8. Pelanggan dan waris akan diberi penerangan tentang prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko serta pilihan alternatif. Pelanggan diberi jaminan tentang kerahsiaan maklumat kesihatan.

Jabatan Otorinolaringologi

KETUA JABATAN

Dr. Mohamad bin Doi 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5300

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi merupakan salah satu di antara jabatan-jabatan di Hospital Serdang yang merupakan hospital terbesar di kawasan ini. Jabatan ini memberikan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak serta yang berkaitan. Ia terletak di Aras 3 di kawasan klinik pakar di sebelah timur (east wing) bangunan hospital.

Perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak merangkumi rawatan kecemasan dan trauma yang melibatkan bahagian Telinga, Hidung dan Tekak serta bahagian-bahagian yang berkaitan. Rawatan komprehensif yang diberikan oleh jabatan ini merangkumi penentuan penyakit serta rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah Telinga, Hidung dan Tekak Kami memberi khidmat rawatan berkenaan kepada penduduk di sekitar Serdang, Putrajaya, Sepang, Bangi, Kajang, Puchong dan sekitarnya.

Kakitangan jabatan ini terdiri daripada Pakar Otorinolaringologi, Pegawai-pegawai Perubatan, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran), Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Pembantu Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat serta Atendan Kesihatan. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak kepada pesakit-pesakit. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang terkini berdasarkan:

  • Penggunaan sepenuhnya sistem teknologi maklumat di dalam perawatan dan pengendalian pesakit (Total Hospital Information System).
  • Penghasilan keadaan persekitaran yang mesra dan selesa untuk pesakit dan kakitangan Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak khasnya dan kakitangan hospital amnya.
  • Penyediaan kemudahan-kemudahan untuk pembelajaran perubatan (medical education) dan penyelidikan perubatan (health research).
  • Kerjasama dan penglibatan yang aktif dengan agensi-agensi kesihatan yang lain di dalam mempromosi perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang berkualiti.

Jabatan Otorinolaringologi (ORL) menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pesakit luar dan pesakit di dalam wad.

Khidmat Pesakit Luar

    1. Klinik Pediatrik ORL
    2. Klinik Alahan
    3. Klinik “Obstructive Sleep Apnea”
    4. Menyediakan latihan kakitangan
    5. Perkhidmatan Pemulihan dalam audiologi dan, terapi pertuturan (alat bantu pendengaran/penjagaan trakeostomi/pertuturan esofagus dan pemulihan menelan)
    6. Perkhidmatan Diagnostik;
      i) Pemeriksaan endoskopi hidung dan tekak
      ii) Penilaian pendengaran (audiometri, timpanometri/BSER)
      ii) Ujian kulit alahan
      iv) Ujian Polysommogramv)
      v) Ujian “Rapid Antigen Covid 19”

Perkhidmatan Pesakit Dalam

Wad Otorinolaringologi (ORL) terdiri daripada wad lelaki dan perempuan kelas 1, kelas 2 dan kelas 3.

Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dan pembedahan jika diperlukan untuk kes elektif dan kes kecemasan.

Tahun 2021

  • World Sleep Day (Virtual) 19-21 MAC 2021
  • JawatanKuasa Lost & Found COVID 19 (July- September 2021)
  • Misi Bantuan Kecemasan Banjir Selangor (Disember 2022)

Tahun 2022

  • WORLD HEARING DAY (3/3/2022)
  • WORLD SLEEP DAY (18&21/3/2022)
 
Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Otorinolaringologi, merangkumi aspek-aspek klinikal dan rehabilitasi yang selamat, berkesan dan berkualiti kepada pesakit yang mempunyai masalah berkaitan telinga, hidung, tekak dan kepala leher agar morbiditi dan mortaliti serta komplikasi penyakit dapat di kurangkan. 

Visi

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Serdang bakal mewujudkan pusat kecemerlangan bagi individu yang mempunyai masalah Otorinolaringologi, agar dapat kembali menyumbang kepada masyarakat dengan merendahkan tahap mortaliti dan morbiditi penyakit Otorinolaringologi melalui integrasi rawatan kesihatan bersepadu, kerjasama setanding serta mementingkan kepuasan pelanggan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti, efisien dan kos efektif.
  • Menggunakan kaedah rawatan terkini yang diberikan oleh pasukan kakitangan Otorinolaringologi yang terlatih, prihatin dan komited.
  • Menawarkan program berterusan hingga ke rumah dan lebih fleksibel terhadap komuniti.
  • Kerjasama sepadu dalam pelbagai kepakaran (multi disciplinary approach)
  • Mempromosikan dan meningkatkan tahap kesihatan Otorinolaringologi.
  • Sebagai pelaburan dimasa hadapan, agar berjaya menjadi pusat kecermerlangan kesihatan Otorinolaringologi.

Piagam Pelanggan

1. Pendaftaran

  • Pesakit yang dirujuk dari Jabatan Kemalangan & Kecemasan akan diberi keutamaan pendaftaran & rawatan
  • Menerima pesakit luar dengan rujukan & temujanji sahaja.
  • Pesakit yang datang dengan rujukan biasa akan didaftarkan dan akan dipanggil dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran

2. Rawatan

  • Setiap pelanggan akan diberi
  1. Penilaian am
  2. Rawatan telinga, hidung & tekak
  3. Penilaian tahap pendengaran (jika perlu)
  4. Prosedur kecil (jika perlu)
  5. Prosedur invasif (jika perlu)

3. Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh mesra, bertimbang rasa, hormat dan ikhlas.
  • Pesakit diberi penerangan sewajarnya mengenai prosedur, bayaran serta rawatan alternatif daripada petugas kaunter & anggota perubatan.
  • Pesakit yang memerlukan ubat-ubatan bagi masalah telinga, hidung & tekak akan diberi preskripsi ubat yang perlu diambil di farmasi Hospital Serdang
  • Pesakit boleh memohon salinan laporan perubatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan

 4. Tanggungjawab pelanggan

  • Menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan – Surat Rujukan, Surat Jaminan Jabatan & dokumen pengenalan diri.
  • Memberi maklumat tepat mengenai alamat rumah, majikan, nombor telefon dan sebagainya kepada petugas kaunter ORL sewaktu mendaftar.
  • Memahami bahawa keutaman perkhidmatan dan rawatan akan diberikan dahulu kepada pesakit yang berada dalam kategori berikut;
    1. Pesakit yang berada dalam keuzuran/kecemasan.
    2. Pesakit yang dirujuk terus dari Jabatan Kecemasan /Wad
    3. Pesakit yang dirujuk terus dari Pegawai/ Pakar Perubatan ORL
    4. Warga emas (umur 60 tahun ke atas)
    5. Orang kelainan upaya (OKU)
    6. Bayi dan kanak-kanak 
  • Mematuhi semua protokol dan peraturan klinik & wad ORL Hospital Serdang.
  • Menggunakan kemudahan yang disediakan di klinik dan wad dengan bijak dan berhemah