A- A A+

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

 KETUA JABATAN

hod rosalina jksp

Rosalina binti Sabirin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5305

PENGENALAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan semenjak tahun 1952 dengan bilangan anggota yang sedikit. Peringkat awal perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan ‘Lady Almoner’.

Kemudiannya perkhidmatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Perubatan iaitu pada 1994. Percantuman pengkhususan bidang-bidang dalam kerja sosial yang membentuk kerja sosial genetic telah menampilkan peranan dan kewujudan Pegawai-pegawai Kerja Sosial Perubatan semakin hari semakin penting.

Dari masa kesemasa peranan dan sumbangan perrkhidmatan kerja sosial perubatan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh pembangunan dalam menjurus ke arah Negara maju telah memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambilkira berbagai aspek seperti emosi, sosial-ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support) keluarga dan mereka yang berkepentingan. Selari dengan perkembangan kerjaya dalam perkhidmatan ini pada 2002 Jabatan ini ditukar nama kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

  • Perkhidmatan Bantuan Sokongan Terapi (Support Therapy).
    • Khidmat rundingan dan nasihat (keluarga/pesakit/agensi-agensi berkaitan)
  • Perkhidmatan :
    • Penjagaan Pesakit Kronik
    • Cubaan Bunuh diri
    • Keganasaan Rumahtangga
    • Ibu tanpa nikah
    • Kes Pengangkatan Anak
    • Kes Keganasaan Seksual
    • Penderaan Kanak-Kanak
    • Kes Pesakit Terdampar dan terbiar
    • Masalah Tingkahlaku
    • Kes Kurang Upaya (cacat)
    • HIV Positif/ AIDS
    • Ketagihan
  • Perkhidmatan Bantuan Praktik.
    • Menguruskan kemasukan ke institusi Kerajaan dan bukan kerajaan
    • Bantuan peralatan perubatan / alat tiruan / prostesis bagi kes kes pesakit yang tidak mampu
    • Mengendalikan dan menguruskan sumber-sumber dana/kewangan untuk membiayai rawatan dan pemulihan pesakit.
    • Keperluan bantuan am untuk rawatan lanjut /susulan
    • Perancangan Discaj / Keluar Wad
 
 Jabatan Kerja Sosial Perubatan beroperasi setiap hari pada
 waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
 
Objektif

Visi

Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan menjadi pusat rawatan psiko-sosial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapat kembali berfungsi dalam masyarakat.

Misi

Untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit dan membantu mereka memenuhi keperluan sosial demi mewujudkan suasana yang kondusif.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang ialah:

  • Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada jabatan ini tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosio-ekonomi.
  • Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  • Setiap kes pesakit dalam yang dirujuk akan diambil tindakan awal dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Setiap kes pesakit luar atau yang dirujuk oleh agensi yang berkaitan akan diambil tindakan dalam masa 7 hari bekerja.

Jabatan Dietetik & Sajian

 KETUA JABATAN

Dzairudzee binti Rosli
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5304

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah sebuah Jabatan sokongan klinikal di Hospital Serdang. Jabatan ini terletak bersebelahan Jabatan Farmasi di sayap Barat aras satu Hospital Serdang.
Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan 2 perkhidmatan, iaitu:

  • Perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit.
  • Perkhidmatan sajian yang mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized) sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal

   Pesakit Dalam:

  • Dietetik klinik pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan. Penilaian status pemakanan, diagnosis pemakanan dan intervensi pemakanan dijalankan secara individu.

   Pesakit Luar:

  • Perkhidmatan Dietetik untuk pesakit luar dijalankan sebagai kesinambungan rawatan pemakanan selepas pesakit keluar dari hospital. Perkhidmatan dijalankan secara individu dan berkumpulan berdasarkan rujukan mengikut jadual  yang telah ditetapkan.

 2. Perkhidmatan Dietetik Komuniti:

  • Pegawai Dietetik juga memberikan perkhidmatan
    Dietetik Klinikal pesakit luar di Klinik Kesihatan Salak 
    dan dijalankan 2 kali sebulan. Selain itu, Pegawai Dietetik juga mengendalikan Program Trim n Fit.

  • Program ini merupakan program pengurusan berat badan yang diadakan untuk anggota Hospital Serdang yang mempunyai masalah berat badan. Pegawai dietetik juga terlibat secara aktif dalam program – program lain seperti kempen makan secara sihat, program penyusuan susu ibu  serta seminar atau forum awam yang anjurkan  di hospital ataupun agensi luar.

 3. Perkhidmatan Sajian 
Bekalan Makanan:

  • Perkhidmatan sajian  mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized)  sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 4. Perkhidmatan sajian menyediakan :

  • Diet normal dan teraputik kepada pesakit dalam, mother accompanying child (MAC) ,pesakit di pusat rawatan harian  dan Unit hemodialisis.

  • Bekalan makanan kepada anggota yang berkelayakan berdasarkan prosedur dan pekeliling yang dikeluarkan oleh  Kementerian Kesihatan.

Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan bekerjasama dengan syarikat kontraktor dalam merancang menu. Pihak Jabatan Dietetik Dan Sajian juga bertanggungjawab  memantau perkhidmatan sajian yang diberikan agar menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Bahan Makanan Kering dan Medical Food

Perkhidmatan ini menyediakan:

  • Bekalan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak
  • Produk enteral kepada pesakit mengikut preskripsi pegawai dietetik
 Cara mendapatkan temujanji di Diet Klinik Hospital
 Serdang :

   1. Dapatkan surat rujukan daripada hospital atau klinik
       kerajaan / swasta

   2. Hantarkan surat rujukan di Klinik Diet ATAU hubungi
       talian Hospital Serdang 03-89475555 sambungan
       1069 atau 1068

   3. Pihak jabatan akan menghubungi anda dan
       memberikan masa temujanji menerusi panggilan
       telefon atau melalui sistem pesanan ringkas.
 
          Buat masa ini, perkhidmatan dietetik dan sajian berjalan
  seperti biasa. Kami sentiasa komited menyertai dan
  menyokong sebarang aktiviti promosi kesihatan yang
  dianjurkan oleh jabatan lain yang memerlukan kerjasama
  bersama
 
Objektif Umum

 Memberikan perkhidmatan sajian dan dietetik klinikal secara professional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan

Objektif Khusus

  • Menyediakan diet normal dan teraputik kepada semua pesakit dalam wad, termasuk di pusat rawatan harian dan pesakit hemodialisis.

  • Membekalkan perkhidmatan makanan dan bekalan kering kepada kakitangan yang berkelayakan berdasarkan prosedur dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

  • Memberi Terapi Pemakanan Perubatan (medical nutrition therapy) kepada pesakit untuk memperbaiki status pemakanan mereka dan melengkapkan rawatan perubatan.

  • Memberi khidmat latihan praktikal sajian dan dietetik kepada para pelatih dari institusi pengajian tinggi.

  • Mengendalikan penyelidikan dalam bidang dietetik klinikal serta sajian dan dietetik komuniti berdasarkan keperluan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Visi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian dengan mengamalkan pendekatan mengutamakan pesakit, perkongsian bijak, teknologi dan pengetahuan terkini.

Misi

Perkhidmatan Dietetik
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan dengan merujuk amalan berasaskan bukti serta menyumbang kepakaran yang ada.

  • Menyediakan perkhidmatan dan pendidikan berkualitu dalam bidang terapi pemakanan perubatan.

  • Mengendalikan kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Menyedia dan menghidang makanan bersesuaian dengan keperluan pemakanan pesakit melalui proses sajian yang  telah dipiawaikan serta mengamalkan prinsip kebersihan dan keselamatan makanan.

  • Membekalkan makanan kepada pesakit mengikut kehendak dan permintaan selari dengan keperluan pemakanan mereka.

  • Melaksanakan pengurusan kualiti menyeluruh berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan semasa.

  • Memberi penekanan kepada inovasi, pengetahuan dan teknologi terkini.

Piagam Pelanggan

  • Semua pesakit dalam yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.

  • Makanan akan dihidangkan untuk pesakit dalam wad (4 kali sehari), doctor bertugas atas panggilan (3 kali sehari) dan anggota yang bertugas di Dewan Bedah (1 kali sehari). Makanan yang dihidangkan adalah bersih, selamat dan mematuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan.

Jabatan Dietetik & Sajian

KETUA JABATAN

Dzairudzee binti Rosli
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5304

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah sebuah Jabatan sokongan klinikal di Hospital Serdang. Jabatan ini terletak bersebelahan Jabatan Farmasi di sayap Barat aras satu Hospital Serdang.
Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan 2 perkhidmatan, iaitu:

  • Perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit.
  • Perkhidmatan sajian yang mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized) sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Pesakit Dalam:

  • Dietetik klinik pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan. Penilaian status pemakanan, diagnosis pemakanan dan intervensi pemakanan dijalankan secara individu.

Pesakit Luar:

  • Perkhidmatan Dietetik untuk pesakit luar dijalankan sebagai kesinambungan rawatan pemakanan selepas pesakit keluar dari hospital. Perkhidmatan dijalankan secara individu dan berkumpulan berdasarkan rujukan mengikut jadual  yang telah ditetapkan.
  • Jadual Klinik Pesakit Luar:

HARI

MASA

LOKASI

Isnin

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

Selasa

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

Selasa

2.00 pm – 5.00 pm

Klinik Diet

Rabu

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

Rabu (minggu pertama dan ketiga)

2.00 pm -5.00 pm

Klinik Nefrologi

Jumaat (minggu ketiga dan keempat)

8.00 pagi – 12.15 tengah hari

Klinik Diet

  • Jadual Kaunseling Berkumpulan

KELAS

HARI

MASA

LOKASI

Diabetes

Selasa
(Minggu pertama)

9.30 am – 10.00 am

Unit Pendidikan Kesihatan, Aras 3

Hipertensi

Rabu
(Minggu ketiga)

9.30am – 10.00 am

Unit Pendidikan Kesihatan, Aras 3

Renal

Isnin
(Minggu keempat)

9.30am – 10.00 am

Unit Pendidikan Kesihatan, Aras 3

Program Rehabilitasi Jantung (1)

Isnin

9.00 am -9.45 am

Jabatan Rehabilitasi , Aras 2

Program Rehabilitasi Jantung (2)

Rabu

9.00 am -9.45 am

Jabatan Rehabilitasi , Aras 2

Antenatal

Khamis

10.00am – 10.15 am

Klinik O &G ,Aras 2

  • Perkhidmatan Dietetik Komuniti:

    Pegawai Dietetik juga memberikan perkhidmatan Dietetik klinikal pesakit luar di klinik kesihatan Salak  dan dijalankan 2 kali sebulan. Selain itu, Pegawai Dietetik juga mengendalikan Program Trim n Fit . Program ini merupakan program pengurusan berat badan yang diadakan untuk anggota Hospital Serdang yang mempunyai masalah berat badan. Pegawai dietetik juga terlibat secara aktif dalam program – program lain seperti kempen makan secara sihat, program penyusuan susu ibu  serta seminar atau forum awam yang anjurkan  di hospital ataupun agensi luar.

Perkhidmatan Sajian
Bekalan Makanan:

  • Perkhidmatan sajian  mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized)  sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan sajian menyediakan:

  • Diet normal dan teraputik kepada pesakit dalam, mother accompanying child (MAC) ,pesakit di pusat rawatan harian  dan Unit hemodialisis.
  • Bekalan makanan kepada anggota yang berkelayakan berdasarkan prosedur dan pekeliling yang dikeluarkan oleh  Kementerian Kesihatan.

Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan bekerjasama dengan syarikat kontraktor dalam merancang menu. Pihak Jabatan Dietetik Dan Sajian juga bertanggungjawab  memantau perkhidmatan sajian yang diberikan agar menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Bahan Makanan Kering, Medical Food dan Susu Formula Bayi

Perkhidmatan ini menyediakan:

  • Bekalan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak
  • Produk enteral kepada pesakit mengikut preskripsi pegawai dietetik
  • Susu Formula bayi kepada bayi yang dilahirkan oleh ibu  yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga 2  tahun.
 
Objektif

Visi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian dengan mengamalkan pendekatan mengutamakan pesakit, perkongsian bijak, teknologi dan pengetahuan terkini.

Misi

Perkhidmatan Dietetik
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan dengan merujuk amalan berasaskan bukti serta menyumbang kepakaran yang ada.
  • Menyediakan perkhidmatan dan pendidikan berkualitu dalam bidang terapi pemakanan perubatan.
  • Mengendalikan kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Menyedia dan menghidang makanan bersesuaian dengan keperluan pemakanan pesakit melalui proses sajian yang  telah dipiawaikan serta mengamalkan prinsip kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Membekalkan makanan kepada pesakit mengikut kehendak dan permintaan selari dengan keperluan pemakanan mereka.
  • Melaksanakan pengurusan kualiti menyeluruh berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan semasa.
  • Memberi penekanan kepada inovasi, pengetahuan dan teknologi terkini.

Piagam Pelanggan

Jabatan Radiologi

KETUA JABATAN

Dr. Sharifah@Mastura Binti
Syed Abu Bakar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1315

PENGENALAN

Jabatan Radiologi  Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensional radiologi untuk semua pesakit di Hospital Serdang dan juga rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan yang lain.

Jabatan mempraktikkan konsep “film-less” dan dilengkapi dengan Sistem Maklumat Radiologi (RIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS) yang berintegrasi sepenuhnya dengan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu  (THIS)  Hospital Serdang.

Perkhidmatan Radiologi yang disediakan:

Radiology services provided:

Perkhidmatan Di Jabatan  :     

  1. Radiografi Am
  2. Digital OPG & CBCT
  3. Ultrasound
  4. Computed Tomography (CT)
  5. Magnetic Resonance Imaging ( MRI )
  6. Angiografi
  7. Mamografi
  8. Bone Densitometry
  9. Floroskopi
  10. Prosedur intervensional radiologi
  11. Prosedur “Image Guided “
  12. Intravenous Urography (IVU)

     Perkhidmatan Periferi:

  1. Perkhidmatan Mudah Gerak
  • Mudah Gerak Radiografi Am
  • Mudah Gerak Ultrasound
  • Mudah Gerak Floroskopi C-Arm
  1. Makmal Kardiak Invasif ( ICL )
  1. Rawatan Harian

Latihan dan Penyelidikan

  1. Latihan dalaman berterusan untuk wargakerja jabatan

  1. Pusat latihan untuk  Sarjana Perubatan  Radiologi

  1. Pusat latihan tempatan untuk   subkepakaran  bidang Cardiac Radiology , Musculoskeletal Radiology dan Uroradiology.

  1. Pusat latihan untuk Juru  X-Ray  bagi  pengkhususan   perawatan kesihatan kardiovaskular.

  1. Pusat latihan klinikal/ teknikal  untuk  pelatih dari institusi yang berkaitan.

  1. Latihan kepada pegawai perubatan dan paramedik  KKM dan UPM yang  menjalankan latihan sangkutan.

  1. Memberi galakan kepada penyelidikan.
 
Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

  1. Mematuhi semua undang-undang, peraturan, piawaian dan garis panduan yang berkaitan.

  1. Menyediakan latihan berterusan untuk pembangunan modal insan serta menjalankan aktiviti peningkatan kualiti.

Visi

Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensional  radiologi yang berkualiti  dengan penggunaan teknologi yang ada.

Misi

Menyediakan perkhidmatan radiologi yang berkualiti oleh wargakerja  yang profesional dengan mengamalkan prinsip budaya korporat.

Piagam Pelanggan

  1. Pesakit akan:
  • Dilayan dengan mesra, penuh hormat, cekap, selamat dan menjaga kerahsiaan pesakit.
  • Diberi penerangan mengenai pemeriksaan yang akan dijalankan serta mengamalkan perlindungan sinaran yang optima.

  1. Pemeriksaan “urgent” radiografi am mudah gerak di Zon Merah Jabatan Trauma dan Kecemasan akan dijalankan tidak melebihi 45 minit.

  1. Pemeriksaan radiologi kecemasan akan diberikan keutamaan.