
PERINGATAN : LARANGAN PENGLIBATAN PENJAWAT AWAM KKM DALAM PENYIARAN IKLAN UBAT TANPA KELULUSAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Dimaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM mendapati terdapat penglibatan penjawatawamKKM dalam penyiaran iklan ubat tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU). Diingatkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM sedang memantau penglibatan penjawat awam KKM yang terlibat dalam hal ini dan sesiapa yang mengambil bahagian dalam penyiaran iklan ubat tanpa kelulusan LIU, KKM boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.
- Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-78413200
Faks : 03-79682251
