KETUA JABATAN

hsdg nopic

Kosong
@moh.gov.my
5311

 

PENGENALAN

Konsep pendidikan pesakit mula diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada Rancangan Malaysia ke Lima (1986-1990) dengan penubuhan Unit Pendidikan Pesakit di 10 buah hospital besar di Malaysia pada tahun 1989.

Tujuan Unit Pendidikan Kesihatan diwujudkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku yang positif di kalangan pesakit, keluarga,orang awam dan kakitangan hospital. Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan (S48) dan seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan (S41).

Unit ini turut dibantu oleh anggota sokongan teknikal iaitu seorang Jururawat Terlatih U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 bagi menjalankan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok dan Program Pendidikan Pesakit.

Carta Organisasi


Objektif

  1. Untuk menyediakan pelanggan dengan pengetahuan, sikap dan kefahaman yang berkaitan supaya mereka boleh menguruskan sendiri masalah penyakit mereka daripada menjadi lebih teruk.

  2. Memberi bantuan dan sokongan kepada pelanggan untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.

  3. Bekerjasama ke arah mempromosikan cara hidup sihat melalui penyebaran maklumat kesihatan kepada pelanggan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:

  1. Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan pada hari-hari bekerja.
  2. Memastikan setiap permohonan pelanggan yang diterima dipenuhi mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
  3. Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan diterima.
  4. Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit.
  5. Menerbit, mencetak dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
  6. Memberi informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.
  7. Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.