A- A A+

Jabatan Kecemasan & Trauma

KETUA JABATAN

 Dr. Khairi bin Kassim @ Hashim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1232

 

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Serdang memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Serdang, Puchong, Sepang dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan kecemasan, resusitasi , stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

Jabatan Kecemasan Hospital Serdang berfungsi berdasarkan konsep THIS (Total Hospital Information System). Sistem elektronik bersepadu ini bukan sahaja akan meningkat kualiti, kecekapan dan kos efektif rawatan kepada pesakit malah akan membawa ke arah pengurusan pesakit yang cekap berlandaskan pembangunan modal insan.

Pengurusan pesakit akan diberi kriteria utama berdasarkan ketenatan keadaan pesakit

Perkhidmatan Jabatan Kecemasan merangkumi pelan komprehensif yang mengandungi komposisi seperti rawatan pra hospital, resusitasi, penstabilan dan rawatan definitif.Perkhidmatan lain yang disediakan seperti pengurusan bencana, pusat krisis bersepadu (OSCC) dan pasukan perlindungan perubatan untuk upacara-upacara rasmi.

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah:

1. Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan.
Skop kawasan perkhidmatan Serdang adalah di dalam lingkungan 60 kilometer radius. Jabatan Kecemasan mengkoordinasi perkhidmatan ini melalui satu rangkaian jaringan antara hospital atau agensi sokongan.


Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan.

2. Perkhidmatan Perawatan Kecemasan.
Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan.

Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan  “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan, nasihat yang tepat dan betul.


3. Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah:
   > Resussitasi dan stabilisasi pesakit,
   > Diagnosis dan prosedur intervensi.
   > Perawatan definitif.
   > Perawatan asthma.
   > Wad Pemerhatian
   > Pembedahan kecemasan

4. Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC)
Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol, penderaan kanak-kanak serta pergaduhan rumahtangga.

5. Pengurusan bencana
Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan.


6. Pemeriksaan Medicolegal
Menjalankan pemeriksaan medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.


7. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre )
Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan disekitar kawasan Zon Selatan, Negeri Selangor.

8. Zon-zon yang disediakan.
   i. Zon Hijau ( Zon tidak kritikal )
Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.


Kes yang akan dirujuk dari Zon Hijau kepada unit lain akan dilihat dalam masa 1 jam.


Bagi kes yang perlu masuk ke wad tetapi perlukan nasihat sebelum masuk ke wad, Unit tersebut perlu respon kurang dari 20 minit selepas rujukan dibuat.


  ii. Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal )
Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 10 minit.


Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun masuk wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 15 minit.

 

  iii. Zon Merah ( Zon Kritikal )
Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah ( Respon dalam masa 0 minit )
   

Masa respon untuk Pegawai Perubatan dari unit lain datang melihat pesakit adalah 15 minit selepas rujukan dibuat.


Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut. Pegawai Perubatan Pelatih mahupun Pegawai Perubatan yang baru tidak dibenarkan melihat pesakit di Zon Merah melainkan ada Pakar Perubatan kecemasan atau Pegawai Perubatan yang senior dalam unit yang sama.
   

Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.

Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang beroperasi 24jam setiap hari.

Pesakit dan Pelanggan yang datang mendapatkan rawatan disini adalah mereka yang mengalami masalah kesihatan serta kes-kes kecemasan yang serius atau kritikal.

Untuk mendapatkan perkhidmatan sila berjumpa dengan petugas di pintu masuk jabatan yang dikenali sebagai Triage. Maklumkan keperluan kecemasan anda.

Interaksi anda membolehkan mereka membuat penilaian awal dan menyesuaikan permasalahan kecemasan dengan jenis perawatan.

Pesakit luar :
Isnin - Jumaat; 8 pg - 5 ptg

Pesakit dalam :
24 jam setiap hari
 

Objektif

1. Menyediakan rangkaian perkhidmatan perubatan kecemasan yang komprehensif dan merangkumi perkhidmatan dari pra hospital sehingga ke perkhidmatan di dalam hospital.

2. Memberikan perkhidmatan perawatan kecemasan yang efisien dan efektif melalui prosedur resusitasi dan penstabilan oleh petugas yang terlatih.

3. Menyediakan Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( PKPK ) bagi menerima dan mengkoordinasikan situasi kecemasan termasuk Pengurusan Panggilan Kecemasan (999).

4. Memberikan Perkhidmatan Pusat Krisis Bersepadu `One Stop Crisis Centre` (OSCC) bagi mangsa keganasan keluarga dan seksual.

Visi

Untuk menjadi salah satu pusat kecemerlangan dalam perawatan dan perkhidmatan kecemasan

Misi

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang berkualiti, efisien, cepat dan tepat dalam pengurusan pesakit.

Piagam Pelanggan

Berusaha memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang bersopan, cepat dan tepat.

Kes-kes kecemasan yang tidak stabil (kritikal) akan dirawat dengan kadar segera , mengikut ketenatan pesakit melalui kerja berpasukan multidisiplinari.

Kes-kes yang stabil (separa kritikal) akan dirawat dalam masa kurang dari 15 minit.

Kes-kes yang berkomplikasi dan memerlukan kemasukan ke wad akan dirujuk kepada pegawai perubatan dari jabatan-jabatan berkenaan bagi rawatan definitif.

 

Jabatan Kecemasan & Trauma

KETUA JABATAN

Dr. Khairi bin Kassim @ Hashim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1232

 

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Serdang memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Serdang, Puchong, Sepang dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan kecemasan, resusitasi , stabilisasi , dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

Jabatan Kecemasan Hospital Serdang berfungsi berdasarkan konsep THIS (Total Hospital Information System). Sistem elektronik bersepadu ini bukan sahaja akan meningkat kualiti, kecekapan dan kos efektif rawatan kepada pesakit malah akan membawa ke arah pengurusan pesakit yang cekap berlandaskan pembangunan modal insan.

Pengurusan pesakit akan diberi kriteria utama berdasarkan ketenatan keadaan pesakit

Perkhidmatan Jabatan Kecemasan merangkumi pelan komprehensif yang mengandungi komposisi seperti rawatan pra hospital, resusitasi, penstabilan dan rawatan definitif.Perkhidmatan lain yang disediakan seperti pengurusan bencana, pusat krisis bersepadu (OSCC) dan pasukan perlindungan perubatan untuk upacara-upacara rasmi.

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah:

> Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan.
   > Skop kawasan perkhidmatan Serdang adalah di dalam lingkungan 60 kilometer radius. Jabatan Kecemasan mengkoordinasi perkhidmatan ini melalui satu rangkaian              jaringan antara hospital atau agensi sokongan..
   > Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan.

>Perkhidmatan Perawatan Kecemasan.
  >Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan. Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan                   “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan, nasihat yang              tepat dan betul.
> Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah:
   > Resussitasi dan stabilisasi pesakit,
   > Diagnosis dan prosedur intervensi.
   > Perawatan definitif.
   > Perawatan asthma.
   > Wad Pemerhatian
   > Pembedahan kecemasan

> Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC)
   > Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol, penderaan kanak-kanak serta pergaduhan                      rumahtangga.
> Pengurusan bencana
   > Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan.
> Pemeriksaan Medicolegal
   > Menjalankan pemeriksaan medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.
> Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre )
   > Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan disekitar kawasan Zon                  Selatan, Negeri Selangor.

> Zon-zon yang disediakan.
   > i. Zon Hijau ( Zon tidak kritikal )
      > Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90          minit.
      > Kes yang akan dirujuk dari Zon Hijau kepada unit lain akan dilihat dalam masa 1 jam.
      > Bagi kes yang perlu masuk ke wad tetapi perlukan nasihat sebelum masuk ke wad, Unit tersebut perlu respon kurang dari 20 minit selepas rujukan dibuat.
   > ii. Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal )
      > Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 10 minit.
      > Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun masuk wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 15 minit.
   > iii. Zon Merah ( Zon Kritikal )
      > Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah ( Respon dalam masa 0 minit )
      > Masa respon untuk Pegawai Perubatan dari unit lain datang melihat pesakit adalah 15 minit selepas rujukan dibuat.
      > Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut. Pegawai Perubatan Pelatih mahupun              Pegawai Perubatan yang baru tidak dibenarkan melihat pesakit di Zon Merah melainkan ada Pakar Perubatan kecemasan atau Pegawai Perubatan yang senior dalam unit yang                sama.
      > Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.

Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang beroperasi 24jam setiap hari. Pesakit dan Pelanggan yang datang mendapatkan rawatan disini adalah mereka yang mengalami masalah kesihatan serta kes-kes kecemasan yang serius atau kritikal.

Untuk mendapatkan perkhidmatan sila berjumpa dengan petugas di pintu masuk jabatan yang dikelanim sebagai Triage. Maklumkan keperluan kecemasan anda.

Interaksi anda membolehkan mereka membuat penilaian awal dan menyesuaikan permasalahan kecemasan dengan jenis perawatan.

 

Objektif

 

Visi

Untuk menjadi salah satu pusat kecemerlangan dalam perawatan dan perkhidmatan kecemasan

Misi

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang berkualiti, efisien, cepat dan tepat dalam pengurusan pesakit.

Piagam Pelanggan

Berusaha memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang bersopan, cepat dan tepat.

Kes-kes kecemasan yang tidak stabil (kritikal) akan dirawat dengan kadar segera , mengikut ketenatan pesakit melalui kerja berpasukan multidisiplinari.

Kes-kes yang stabil (separa kritikal) akan dirawat dalam masa kurang dari 15 minit.

Kes-kes yang berkomplikasi dan memerlukan kemasukan ke wad akan dirujuk kepada pegawai perubatan dari jabatan-jabatan berkenaan bagi rawatan definitif.

 

JABATAN FARMASI

KETUA JABATAN

Suharzelim bin Abu Bakar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5303

 

PENGENALAN

Jabatan Farmasi Hospital Serdang telah ditubuhkan dan dibuka bersama Hospital Serdang pada tahun 2005. Ia bertindak sebagai jabatan sokongan yang memainkan peranan penting terutamanya perolehan dan pembekalan bagi ubat dan peralatan perubatan pakaibuang kepada unit-unit dan pesakit. Ketika itu, unit asas yang memberikan perkhidmatan farmaseutikal adalah stor perubatan, farmasi pesakit dalam dan farmasi pesakit luar sahaja.

Bermula dengan fungsi asas profesion farmasi iaitu perolehan dan pembekalan ubat, Jabatan Farmasi terus berkembang bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa. Perkembangan ini merangkumi perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam dan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Memandangkan Hospital Serdang adalah hospital rujukan bagi disiplin Kardiologi dan Nefrologi,  tumpuan perkembangan Jabatan Farmasi juga seiring dengan perkembangan Hospital Serdang.

Kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam mempunyai tambahan 2 satelit farmasi di samping Farmasi Bekalan Wad bagi membekalkan ubat secara Sistem Unit of Use (UOU) dan Unit Dose (UDS). Perkhidmatan Farmasi Wad kini mencakupi 6 disiplin dan 25 wad.

Bagi perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi kini berkembang dengan 2 satelit farmasi iaitu Satelit Farmasi Rawatan Harian dan Satelit Farmasi Kecemasan. Sehingga kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar menyediakan 5 perkhidmatan ambulatori Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan 4 perkhidmatan tambah nilai (Value added services).

Jabatan Farmasi telah berjaya menerima pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia sejak 12 Mei 2011 dan berjaya untuk mengekalkan pengiktirafan ini selama 7 tahun berturut-turut.

 

  • Perkhidmatan pembekalan ubat
    • Sistem Unit of Use (UOU) dan Unit Dose (UDS)
    • Imprest (Dadah Berbahaya, after office hour, kecemasan)
  • Perkhidmatan klinikal
    • Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan
    • Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan
    • Perkhidmatan Klinikal Farmakokinetik
    • Perkhidmatan Farmasi Wad
  • Perkhidmatan Persediaan Farmaseutikal
    • Persediaan Steril
    • Persediaan Tidak Steril
    • Persediaan Galenikal
    • Pembungkusan Ubat

Farmasi Klinik Pakar

  • Perkhidmatan Pendispensan Ubat
  • Perkhidmatan Kaunseling
  • Perkhidmatan Pendidikan Pesakit
  • Medication Therapy Adherence Clinic (Warfarin, Diabetes mellitus, Chronic Kidney Disease, Respiratory, Hear Failure)
  • Perkhidmatan pendispensan methadone
  • Value-added services
    • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    • Ubat Melalui Pos (UMP)
    • E-Card (Kad Temujanji)
    • E-MED (Telefon/SMS/E-mail & Ambil)

Stor Perubatan

  • Perkhidmatan perolehan
    • Pembelian
    • Penyimpanan
    • Pembekalan

1) Alternatif mengambil ubat di Jabatan Farmasi

  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    Kaedah pengambilan ubat yang membenarkan pesakit/waris mengambil ubat di hospital/klinik Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain. Pengambilan ubat mestilah beserta surat daripada Jabatan Farmasi hospital/klinik asal.
  • Ubat Melalui Pos (UMP)
    Ubat-ubat akan diposkan ke alamat yang diberikan oleh pesakit/waris. Caj pos akan dikenakan kepada pesakit, RM5.30(<500g) dan RM10.60 (>500g) ketika ubat dihantar ke rumah oleh Pos Malaysia. Hanya ubat-ubat yang tertentu dan boleh diposkan sahaja yang terlibat untuk Pos (UMP)
  • E-Card (Kad Temujanji)
    Pesakit/waris akan mengambil ubat pada tarikh temujanji yang dipersetujui. Tarikh temujanji ditentukan awal oleh pesakit/waris. Waktu pengambilan ubat adalah 7.30am-5.30pm di Farmasi Klinik Pakar atau di Farmasi Satelit Daycare.
  • E-MED (Telefon/SMS/E-mail & Ambil)
    Pesakit/waris harus membuat panggilan telefon 2 hari sebelum tarikh datang mengambil ubat. Kod E-Med akan diberi daripada pihak Jabatan Farmasi. Ubat akan disediakan lebih awal dan pesakit/waris akan dapat mengambil ubat lebih cepat kerana ubat-ubat telah disediakan lebih awal. Pengambilan ubat semasa waktu pejabat adalah 7.30am – 5.30pm di Farmasi Klinik Pakar. Pengambilan ubat selepas waktu pejabat, Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah di Satelit Farmasi Kecemasan.
      • Telefon (03-89475270)
      • SMS (013-2377357)
      • E-mail ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Farmasi Klinik Pakar ditalian 03-89475270.

 

2) Polisi ‘Patient’s Own Medicines’ (POMs)

  • ‘Patient’s Own Medicines’ (POMs) adalah ubat pesakit yang telah dipreskrib atau dibeli sendiri dan dibawa ke hospital semasa memerlukan rawatan di wad.
  • Kelebihan pesakit membawa ubat-ubat sendiri apabila dimasukkan ke hospital:
    • Mendapat gambaran jelas berkaitan sejarah ubat anda
    • Dibekalkan dengan ubat yang betul
    • Ubat tersedia apabila diperlukan
    • Mengenalpasti kesan sampingan atau alahan ubat
    • Mengelakkan kekeliruan dan kesilapan ketika pengambilan ubat
    • Mengelakkan pembaziran ubat
 
  1. Latihan Sangkutan MTAC

 

MTAC

TARIKH

Diabetes melitus

April 2018

Oktober 2018

Warfarin

April 2018

Julai 2018

Respiratori

Mac 2018

Julai 2018

September 2018

 

  1. Kursus Tatacara Pengurusan Stor & Pengurusan Kewangan (Julai 2018)
  2. Kursus Pengendalian Selinder Gas Perubatan (Ogos 2018)
  3. 5th Pharmacy Conference 2018: Towards Effective Pharmaceutical Care Practice (24-25 September 2018)
  4. World Pharmacy Day 2018 (25 September 2018)
 Jabatan Farmasi beroperasi setiap hari pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
 

Objektif

  1. Mewujudkan budaya kerja cemerlang dan persekitaran yang selamat.
  2. Memberikan perkhidmatan farmasi yang sistematik, berkesan, berkualiti dan selamat kepada pesakit dan pelanggan.
  3. Memberikan perkhidmatan farmasi klinikal secara profesional untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.
  4. Memastikan pengurusan perolehan dan bekalan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.
  5. Melibatkan jabatan dalam aktiviti-aktiviti kajian yang berkaitan dengan perkhidmatan farmasi dan hospital bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan terapi ubat.
  6. Memastikan anggota menerima latihan dan pembelajaran secara berterusan.

Visi

Ke arah pusat kecemerlangan perkhidmatan farmasi berlandaskan teknologi maklumat

Misi

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan kepada tahap integriti yang tinggi, profesionalisma, penyayang dan cemerlang

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi  30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
  3. Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 1 hingga 4 jam dalam waktu pejabat
  4. Memberi khidmat maklumat ubat yang diperlukan kepada pertanyaan dengan tepat dan cepat.

 

JABATAN FARMASI

KETUA JABATAN

Suharzelim bin Abu Bakar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5303

 

PENGENALAN

Jabatan Farmasi Hospital Serdang telah ditubuhkan dan dibuka bersama Hospital Serdang pada tahun 2005. Ia bertindak sebagai jabatan sokongan yang memainkan peranan penting terutamanya perolehan dan pembekalan bagi ubat dan peralatan perubatan pakaibuang kepada unit-unit dan pesakit. Ketika itu, unit asas yang memberikan perkhidmatan farmaseutikal adalah stor perubatan, farmasi pesakit dalam dan farmasi pesakit luar sahaja.

Bermula dengan fungsi asas profesion farmasi iaitu perolehan dan pembekalan ubat, Jabatan Farmasi terus berkembang bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa. Perkembangan ini merangkumi perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam dan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Memandangkan Hospital Serdang adalah hospital rujukan bagi disiplin Kardiologi dan Nefrologi,  tumpuan perkembangan Jabatan Farmasi juga seiring dengan perkembangan Hospital Serdang.

Kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam mempunyai tambahan 2 satelit farmasi di samping Farmasi Bekalan Wad bagi membekalkan ubat secara Sistem Unit of Use (UOU) dan Unit Dose (UDS). Perkhidmatan Farmasi Wad kini mencakupi 6 disiplin dan 25 wad.

Bagi perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi kini berkembang dengan 2 satelit farmasi iaitu Satelit Farmasi Rawatan Harian dan Satelit Farmasi Kecemasan. Sehingga kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar menyediakan 5 perkhidmatan ambulatori Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan 4 perkhidmatan tambah nilai (Value added services).

Jabatan Farmasi telah berjaya menerima pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia sejak 12 Mei 2011 dan berjaya untuk mengekalkan pengiktirafan ini selama 7 tahun berturut-turut.

Farmasi Pesakit Dalam

  • Perkhidmatan Pembekalan Ubat
    • Sistem Unit of Use (UOU) dan Unit Dose (UDS)
    • Imprest (Dadah Berbahaya, after office hour, kecemasan)
  • Perkhidmatan klinikal
    • Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan
    • Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan
    • Perkhidmatan Klinikal Farmakokinetik
    • Perkhidmatan Farmasi Wad
  • Perkhidmatan Persediaan Farmaseutikal
    • Persediaan Steril
    • Persediaan Tidak Steril
    • Persediaan Galenikal
    • Pembungkusan Ubat

 

Farmasi Klinik Pakar

  • Perkhidmatan Pendispensan Ubat
  • Perkhidmatan Kaunseling
  • Perkhidmatan Pendidikan Pesakit
  • Medication Therapy Adherence Clinic (Warfarin, Diabetes mellitus, Chronic Kidney Disease, Respiratory, Hear Failure)
  • Perkhidmatan pendispensan methadone
  • Value-added services
    • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    • Ubat Melalui Pos (UMP)
    • E-Card (Kad Temujanji)
    • E-MED (Telefon/SMS/E-mail & Ambil)

 

Farmasi Logistik

  • Perkhidmatan perolehan
    • Pembelian
    • Penyimpanan
    • Pembekalan

1) Alternatif mengambil ubat di Jabatan Farmasi

  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    Kaedah pengambilan ubat yang membenarkan pesakit/waris mengambil ubat di hospital/klinik Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain. Pengambilan ubat mestilah beserta surat daripada Jabatan Farmasi hospital/klinik asal.
  • Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia
    Ubat-ubat akan diposkan ke alamat yang diberikan oleh pesakit/waris. Caj pos akan dikenakan kepada pesakit, RM5(<500g) dan RM10 (>500g) ketika ubat dihantar ke rumah oleh Pos Malaysia. Hanya ubat-ubat yang tertentu dan boleh diposkan sahaja yang terlibat untuk Pos (UMP) 1Malaysia.
  • E-Card (Kad Temujanji)
    Pesakit/waris akan mengambil ubat pada tarikh temujanji yang dipersetujui. Tarikh temujanji ditentukan awal oleh pesakit/waris. Waktu pengambilan ubat adalah 7.30am-5.30pm di Farmasi Klinik Pakar atau di Farmasi Satelit Daycare.
  • E-MED (Telefon/SMS/E-mail & Ambil)
    Pesakit/waris harus membuat panggilan telefon 2 hari sebelum tarikh datang mengambil ubat. Kod E-Med akan diberi daripada pihak Jabatan Farmasi. Ubat akan disediakan lebih awal dan pesakit/waris akan dapat mengambil ubat lebih cepat kerana ubat-ubat telah disediakan lebih awal. Pengambilan ubat semasa waktu pejabat adalah 7.30am – 5.30pm di Farmasi Klinik Pakar. Pengambilan ubat selepas waktu pejabat, Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah di Satelit Farmasi Kecemasan.
      • Telefon (03-89475270)
      • SMS (013-2377357)
      • E-mail ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Farmasi Klinik Pakar ditalian 03-89475270.

 

2) Polisi ‘Patient’s Own Medicines’ (POMs)

  • ‘Patient’s Own Medicines’ (POMs) adalah ubat pesakit yang telah dipreskrib atau dibeli sendiri dan dibawa ke hospital semasa memerlukan rawatan di wad.
  • Kelebihan pesakit membawa ubat-ubat sendiri apabila dimasukkan ke hospital:
    • Mendapat gambaran jelas berkaitan sejarah ubat anda
    • Dibekalkan dengan ubat yang betul
    • Ubat tersedia apabila diperlukan
    • Mengenalpasti kesan sampingan atau alahan ubat
    • Mengelakkan kekeliruan dan kesilapan ketika pengambilan ubat
    • Mengelakkan pembaziran ubat
  1. Latihan Sangkutan MTAC

 

MTAC

TARIKH

Diabetes melitus

April 2018

Oktober 2018

Warfarin

April 2018

Julai 2018

Respiratori

Mac 2018

Julai 2018

September 2018

 

  1. Kursus Tatacara Pengurusan Stor & Pengurusan Kewangan (Julai 2018)
  2. Kursus Pengendalian Selinder Gas Perubatan (Ogos 2018)
  3. 5th Pharmacy Conference 2018: Towards Effective Pharmaceutical Care Practice (24-25 September 2018)
  4. World Pharmacy Day 2018 (25 September 2018)

 

 
 

Objektif

  1. Mewujudkan budaya kerja cemerlang dan persekitaran yang selamat.
  2. Memberikan perkhidmatan farmasi yang sistematik, berkesan, berkualiti dan selamat kepada pesakit dan pelanggan.
  3. Memberikan perkhidmatan farmasi klinikal secara profesional untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.
  4. Memastikan pengurusan perolehan dan bekalan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.
  5. Melibatkan jabatan dalam aktiviti-aktiviti kajian yang berkaitan dengan perkhidmatan farmasi dan hospital bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan terapi ubat.
  6. Memastikan anggota menerima latihan dan pembelajaran secara berterusan.

Visi

Ke arah pusat kecemerlangan perkhidmatan farmasi berlandaskan teknologi maklumat

Misi

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan kepada tahap integriti yang tinggi, profesionalisma, penyayang dan cemerlang

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi  30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
  3. Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 1 hingga 4 jam dalam waktu pejabat
  4. Memberi khidmat maklumat ubat yang diperlukan kepada pertanyaan dengan tepat dan cepat.

 

JABATAN ANAESTHESIA DAN RAWATAN RAPI

 KETUA JABATAN

 Y. Bhg. Dato’ Dr Norly Binti Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2214

 

PENGENALAN

Jabatan Anaesthesia dan Rawatan Rapi memberi perkhidmatan kepada pelbagai disiplin di Hospital Serdang. Perkhidmatan yang disediakan adalah:

- Perkhidmatan Anaesthesia Umum (General Anaesthesia Service)

- Perkhidmatan Rawatan Rapi (Intensive Care Service)

- Perkhidmatan Kardiothorasik Anaesthesia dan Perfusi

- Perkhidmatan Kawalan Kesakitan (Pain Control Management).


.

 

Perkhidmatan yang disediakan termasuk

  1. Perkhidmatan Anaesthesia

    - General Anaesthesia

    - Cardiac Anaesthesia dan Perfusi

    - Perkhidmatan Anaesthesia di luar dewan bedah:

      Jabatan Radiologi, Scope Room dan

      Makmal Jantung Invasif (ICL)

    - Klinik Anaesthesia

  1. Perkhidmatan Rawatan Rapi dan Resussitasi

    - Unit Rawatan Rapi Umum (GICU)

    - Unit Rawatan Rapi Jantung (CICU)

    - Post Anaesthetic Care Unit (PACU)

    - Merawat pesakit kritikal yang di rawat di wad

    - Resussitasi Team untuk Hospital Code Blue

    - Resussitasi Team untuk Maternal Red Code

    - Resussitasi Team untuk Internal Hospital Disaster Response

    - Resussitasi Team untuk External Hospital Disaster Response

  1. Perkhidmatan Merawat Tahap Kesakitan

    - Acute Pain Service (APS)

    - Obstetric Analgesic Service (OAS)

MAKLUMAT DAN AKTIVITI LAIN

Terlibat secara aktif didalam beberapa aktiviti peringkat hospital seperti:

1.Cardiopulmonary Resuscitation Team (CPR)

  1. Program Pain Free Hospital
  2. Jawatankuasa Pendermaan Organ dan Tissue (TOP Team)
  3. Infection Control Team
  4. Denggi Management Team

Terlibat secara langsung dalam aktiviti Kualiti yang ada di hospital ini seperti:

  1. Key Performance Index (KPI)
  2. National Adverse Indicator (NAI)
  3. Incidence Reporting
  4. Medical Audit
  5. Inovasi
  6. Program Kepuasan Pelanggan
  7. Program Privilaging dan Credentialing untuk anggota jabatan ini.

Aktiviti Continous Profesional Development (CPD) dan Kursus yang dianjurkan oleh jabatan seperti:

  1. Kursus yang dianjurkan:

    - Kursus Penjagaan Pesakit Kritikal

    - Kursus Acute Pain Service

    - Kursus

  1. Jabatan ini menjadi pusat latihan bagi beberapa kursus seperti:

    - Kursus Subkepakaran CardioThorasik Anaesthesia dan Perfusi bagi Pakar Anaesthesia

    - Kursus Sarjana Perubatan Anaesthesia dan Rawatan Rapi bagi

      Pegawai Perubatan.

    - Latihan Anaesthesia Dan Rawatan Rapi bagi Pegawai Perubatan Kursus Sarjana Pembedahan dan Sarjana Kemalangan & Kecemasan.

  - kursus  Cardiaothorasik Anaesthesia dan Perfusi bagi Kumpulan

    Sokongan Kesihatan

  - menyediakan latihan Anaesthesia dan Rawatan Rapi kepada pelajar perubatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

  1. Program Continuous Medical Education (CME) untuk semua anggota di jabatan ini

 
 > 3 elektif OT

 > 3 EM OT termasuk EM MOT

 > 2 Covid OT di MOT

 >2 ICU 20 katil covid ICU & 12 katil GICU

 
 Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi beroperasi setiap
 Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)

 Isnin - Khamis : 8.00 pagi hingga 5.00 ptg
 Jumaat             : 8.00 pagi - 12.15 tghari
                          : 2.45 ptg - 5.00 ptg
 

Objektif

 

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang anaesthesia dan rawatan rapi yang akan dicapai melalui kemudahan fasiliti perubatan, latihan dan teknologi yang terkini serta pendidikan perubatan yang berterusan kepada pengamal dalam bidang Anaesthesia dan Rawatan Rapi

Misi

Memberikan perkhidmatan anaesthesia dan rawatan rapi yang selamat, berkualiti dan terkini kepada pesakit yang memerlukan oleh kakitangan yang profesional, cekap serta penyayang

Menerajui dalam latihan bagi para doktor, jururawat dan paramedic dalam bidang anaesthesia, rawatan rapi dan rawatan tahap kesakitan

Menjadi pusat kecemerlangan perubatan yang ulung

Piagam Pelanggan

Jabatan Anaesthesia dan Rawatan Rapi akan menyediakan:

  1. Perkhidmatan anaesthesia kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.
  2. Perkhidmatan anaesthesia kepada pesakit yang menjalani prosedur di luar dewan bedah
  3. Perkhidmatan penjagaan tahap kesakitan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
  4. Perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.