Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.
Tuan/ puan yang dihormati,
- Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Hospital Serdang akan mengadakan Program Sepetang Bersama Ustaz Ebit Liew pada, masa dan tempat seperti berikut :
Tajuk : Setiap Perbuatan Dimulai Dengan Niat (Innamal A'malu Binniyat)
Tarikh : 2 Mac 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Auditorium, Aras 3, Hospital Serdang
- Sehubungan itu, Tuan/Puan diminta untuk menghantar wakil jabatan bagi memeriahkan lagi program ini. Kerjasama pihak Tuan/Puan dalam memastikan semua kakitangan hadir amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
- Sekiranya jabatan Tuan/Puan berhasrat untuk memberikan sumbangan berbentuk potluckmakanan amatlah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh berhubung terus dengan Puan Kamsiah Binti Yusuf di Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan melalui talian 03-8947 5555 (ext: 1434) atau email :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Sekian, terima kasih.
