KETUA JABATAN

hsdg nopic

Dr. Yusri Bin Mohammed
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5293

 

PENGENALAN

Jabatan Radiologi Hospital Sultan Idris Shah Serdang menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensional radiologi untuk semua pesakit di Hospital Serdang dan juga rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan yang lain.

Jabatan mempraktikkan konsep “film-less” dan dilengkapi dengan Sistem Maklumat Radiologi (RIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS) yang berintegrasi sepenuhnya dengan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

 

Carta Organisasi
Image

Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

  2. Mematuhi semua undang-undang, peraturan, piawaian dan garis panduan yang berkaitan.

  3. Menyediakan latihan berterusan untuk pembangunan modal insan serta menjalankan aktiviti peningkatan kualiti.

Piagam Pelanggan

  1. Pesakit akan:
  • Dilayan dengan mesra, penuh hormat, cekap, selamat dan menjaga kerahsiaan pesakit.
  • Diberi penerangan mengenai pemeriksaan yang akan dijalankan serta mengamalkan perlindungan sinaran yang optima.
  1. Pemeriksaan “urgent” radiografi am mudah gerak di Zon Merah Jabatan Trauma dan Kecemasan akan dijalankan tidak melebihi 45 minit.

  2. Pemeriksaan radiologi kecemasan akan diberikan keutamaan.