Selamat datang ke laman sesawang Hospital Cyberjaya.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Multimedia & Inovasi Hospital Cyberjaya atas komitmen merealisasikan pembentukan laman sesawang rasmi HCJ buat julung kali sejak penubuhan hospital ini. Segala usaha dan iltizam dalam menyebarkan maklumat perkhidmatan di fasiliti ini akan memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti individu/ organisasi untuk memahami dan menerima objektif operasi hospital ini.
Hospital Cyberjaya bertekad menyediakan perkhidmatan kesihatan yang memberikan pengalaman luar biasa dan berkualiti tinggi kepada semua. Dengan reka bentuk bangunan yang mendapat pengiktirafan hospital awam pertama menerima Platinum Green Building Index (GBI), kami memastikan suasana yang selesa dan menyenangkan untuk pelanggan.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan merangkumi sebanyak 14 sub kepakaran major dan 2 sub kepakaran secara lawatan mingguan. Atas kapasiti tersebut, Hospital Cyberjaya menjadi fasiliti yang bertindak sebagai respondan perubatan utama kepada pintu masuk Negara iaitu Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 (KLIA) serta Litar Antarabangsa Sepang selain daripada perkhidmatan kepada seluruh lokaliti Cyberjaya dan setempat.
Kami mengalu-alukan anda semua untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan terbaik di Hospital Cyberjaya. Semoga Hospital Cyberjaya dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat, selesa dan holistik kepada semua pesakit- pesakit dengan kemudahan serba moden dan berteknologi tinggi.
Sekian, terima kasih.
DR. SHAHABUDDIN BIN IBRAHIM
Pengarah
Hospital Cyberjaya