NAMA JABATAN

JABATAN PERUBATAN AM

 

Pengenalan

Hospital Cyberjaya terletak di daerah Sepang dan mula beroperasi pada bulan November 2022. Ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hospital Cyberjaya merupakan hospital berpakar major dan mempunyai 288 kapasiti katil.

Jabatan Perubatan Am adalah salah satu jabatan terbesar di Hospital Cyberjaya yang menawarkan kepakaran dalam bidang Perubatan Dalaman. Jabatan ini mempunyai 2 wad perubatan (lelaki dan perempuan) yang memuatkan 28 katil setiap wad, Unit Rawatan Koronari (CCU), Klinik Pakar Perubatan dan Unit Hemodialisis.

Jabatan ini mempunyai pasukan perubatan yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan Am, pegawai-pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat-jururawat terlatih.

Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan, efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti. Selain daripada rawatan klinikal, Jabatan juga menekankan aspek pendidikan kesihatan pesakit bagi meningkatkan kualiti kesihatan. Pelbagai perkhidmatan baru dan juga kursus dianjurkan sejajar dengan kehendak dan situasi terkini.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadi pusat kesihatan terbaik dengan kakitangan yang efisien, fasiliti yang moden dan terkini serta keupayaan rawatan yang mengutamakan kepuasan dan hasil yang optimum kepada pelanggan.

Misi:

  • Menyediakan rawatan penjagaan kesihatan yg komprehensif dan berkualiti tinggi melalui kerjasama yang padu dengan menggunakan prinsip rawatan berpandukan bukti-bukti saintifik terkini bagi memastikan kesihatan optimum dicapai dan pencegahan penyakit dilakukan dengan baik.
  • Menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan tentang kesihatan kepada semua bagi menghasilkan bangsa Malaysia yang sihat dan mempunyai kualiti hidup yang lebih sempurna.

Objektif:

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik, kuratif dan pemulihan yang efektif kepada pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

 

Carta Organisasi

 

Perkhidmatan

  1. Penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat seperti yang ditetapkan oleh Akta Perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  2. Mengikut piawaian yang ditetapkan dan rawatan secara evidence-based untuk semua penyakit.
  3. Memberikan rawatan kepada semua pesakit (sama ada pesakit dalam atau luar) mengikut standard amalan terbaik.
  4. Menyediakan pendidikan dan informasi kesihatan dengan mengikut amalan standard yang disarankan.

 

Piagam Pelanggan

  1. Peratusan pesakit hipertensi dengan tekanan darah ≤ 140/90 mmhg seperti yang diukur di Klinik Perubatan Am: ≥ 40%
  2. Peratusan pesakit dengan masa menunggu ≤ 90 minit untuk berjumpa doktor di Klinik Perubatan Am: ≥ 90%
  3. Infarksi miokardium bukan ST (NSTEMI) / Angka kematian kes angina yang tidak stabil: ≤ 40%

 

Waktu Operasi

Klinik Pakar:-

Klinik Perubatan Am (Kes baru & susulan)

Setiap hari Isnin, Selasa & Rabu

8.00 pagi – 1.00 tengah hari

2.00 petang – 5.00 petang

Klinik Geriatrik (Lawatan Pakar)

Setiap Rabu 

2.00 pagi - 5.00 petang

Klinik INR

Setiap Khamis

2.00 pagi - 5.00 petang

Klinik Dada

Setiap Jumaat