Hospital Cyberjaya telah memulakan operasi pada 11 November 2022 yang menempatkan 9 tingkat serta memuatkan kapasiti 288 katil dan beroperasi sebagai hospital pakar major dengan perancangan untuk 14 disiplin kepakaran. Majlis Perasmian Hospital Cyberjaya telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tuanku Permaisuri Selangor pada 9 Mac 2023. Fasa pengoperasian perkhidmatan perubatan  merangkumi bidang perkhidmatan: 

  • Jabatan Perubatan Am, 
  • Jabatan Pembedahan Am, 
  • Jabatan Pediatrik, 
  • Jabatan Obstetrik & Ginekologi, 
  • Jabatan Kecemasan dan Trauma, 
  • Jabatan Patologi, 
  • Jabatan Radiologi 
  • Jabatan Ortopedik,
  • Jabatan Oftalmologi,
  • Jabatan Anastesiologi,
  • Jabatan Otorinolaringologi,
  • Jabatan Pergigian Pediatrik,
  • Jabatan Bedah Oral dan Maksilofasial,
  • Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental

Jabatan Sokongan Klinikal merangkumi:

  • Jabatan Rehabilitasi,
  • Jabatan Dietatik dan Sajian,
  • Jabatan Farmasi,
  • Jabatan Rekod Perubatan

Hospital Cyberjaya merupakan hospital pakar major yang menyediakan perkhidmatan kepakaran yang disokong dengan peralatan dan teknologi yang canggih. 

HCJ merupakan hospital awam baharu yang pertama di Malaysia memperolehi Penarafan Green Building Index (GBI) tahap Platinum. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini meliputi kecekapan tenaga, kecekapan penggunaan air dan penggunaan bahan yang mesra alam melalui pengasingan bahan buangan secara efektif. Infrastruktur di Hospital Cyberjaya mempunyai ciri-ciri khas seperti pengumpulan air hujan, penggunaan tenaga solar, penggunaan lampu sensor gerakan serta tempat pengecasan kereta.

Hospital Cyberjaya juga menjadi hospital rujukan utama sebagai kesiapsiagaan menghadapi apa-apa bencana di pintu masuk negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).