NAMA JABATAN

JABATAN BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL

 

Pengenalan

Klinik Bedah Mulut dan Maksilofasial (OMFS), Hospital Cyberjaya telah dibuka secara rasminya pada 1hb Februari 2023. Perasmian pembukaan klinik ini telah dibuat bersama-sama dengan Jabatan Pergigian Pediatrik dan telah dirasmikan oleh Dr. Shahabuddin Bin Ibrahim, selaku Pengarah Hospital Cyberjaya yang pertama. Majlis ini turut dihadiri oleh Datin Dr. Kamariah, Timbalan Pengarah (Pergigian) Kesihatan Negeri Selangor, Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Serdang dan Hospital Cyberjaya.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Untuk menjadi satu pusat rujukan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan kesihatan mulut dan maksilofasial yang berkualiti dengan mengutamakan pelanggan melalui proses kerja yang cekap.

Misi:

  • Sebagai pasukan professional yang bertanggungjawab, penyayang dan dinamik, kami akan sentiasa bekerjasama bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti demi meningkatkan status kesihatan mulut dan maksilofasial pelanggan.

Objektif:

  • Memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit, rawatan dan rehabilitasi kepada semua pesakit, yang mempunyai masalah pembedahan mulut dan maksilofasial serta pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik dan peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally-fit’.

 

Carta Organisasi

 

-dalam proses jabatan-

 

Perkhidmatan

  • Skop perkhidmatan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Cyberjaya meliputi:
  • Oral & Maksilofasial trauma: tisu lembut dan tisu keras
  • Ketumbuhan / kanser di bahagian mulut & maksilofasial (benign & malignant)
  • Sista di bahagian tulang rahang (jaw cyst)
  • Keradangan dan infeksi oro-maksilofasial
  • Patologi diagnostik
  • Pembedahan tulang muka & rahang: Facial deformity surgery (Orthognathic)
  • Klef bibir dan lelangit serta tulang alveolous (left lip, palate and alveolus)
  • Patologi kelenjar air liur (salivary gland procedures)
  • Sendi temporomadibular (Temporomandibular Joint : TMJ)
  • Pembedahan dentoalveolar dan preprostetik
  • Kesakitan neurogenik maksilofasial (Maxillofacial pain e.g:Trigeminal Neuralgia)
  • Implantologi pergigian (Dental Implants)
  • Patologi dan perubatan mulut
  • Radiologi dan diagnostik Mulut & Maksilofasial
  • Prostetik maksilofasial termasuk telinga, mata dan hidung
  • Pengurusan pesakit “medically compromised” yang memerlukan perhatian oral dan maksilofasial serta rawatan pergigian am.
  • Perkhidmatan:
  • Pesakit luar dan dalam
  • Perkhidmatan kecemasan & trauma maksilofasial 24 jam (in-house passive call)
  • Pembedahan di bawah bius setempat dan am di dewan bedah
  • Klinik Bersepadu Bulanan (Dental Specialist Joint Clinic, Combine Cleft Clinic and Maxillofacial Deformity Orthonagthic Joint Clinic).
  • Klinik Bersepadu Kanser Mulut di Institut Kanser Negara (jika terdapat kes)

 

Piagam Pelanggan

  1. Menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, surat rujukan doktor, surat jaminan jabatan (kakitangan kerajaan).
  2. Memberi maklumat yang diperlukan dengan tepat seperti alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya.
  3. Memahami bahawa keutamaan rawatan akan diberikan kepada pesakit yang dalam kecemasan.

 

Waktu Operasi

 

Klinik Pakar:-

Setiap hari KECUALI Sabtu & Ahad, Cuti Umum

8.00 pagi – 1.00 tengah hari

2.00 petang – 5.00 petang