NAMA JABATAN
UNIT KEJURUTERAAN OPERASI
|
Pengenalan
Unit Kejuruteraan bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengawal selia pelaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) oleh syarikat bukan konsesi serta menyelaras pengurusan aset tak alih, aktiviti kelestarian dan juga memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan sistem-sistem kejuruteraan.
|
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Menyediakan organisasi terdiri daripada pasukan kerja professional yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Hospital Cyberjaya.
Misi:
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:
- Pembangunan dasar yang berkaitan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan.
- Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan dan perkhidmatan sokongan institusi kesihatan.
Objektif:
- Memantau perlaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di Hospital.
- Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
- Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
- Memastikan Sistem-Sistem Kejuruteraan Di Hospital berada dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya.
- Merancang dan melaksanakan program – program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan.
|
Carta Organisasi

|
Perkhidmatan
Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Validasi (VCM) setiap bulan bagi membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan sokongan hospital dan pemotongan yuran perkhidmatan jika ada.
- Menyediakan Deduction Assessment Report (DAR) dan memastikan pembayaran yang dibuat kepada syarikat terhadap enam (6) perkhidmatan sokongan hospital adalah tepat dan mematuhi terma-terma yang termaktub di dalam kontrak perjanjian.
- Melakukan pemeriksaan dan lawatan Engineering Plant Room (EPR) setiap bulan dan memastikan peratusan pemeriksaan setiap 3 bulan adalah mencapai 100%.
- Bertanggungjawab untuk menguruskan pendaftaran dan pelupusan Aset Tak Alih (PATA) serta menyediakan laporan PATA untuk dikemukakan ke JKNS.
- Menyediakan dan mengemukakan laporan Contractor Performance Assessment (CPA) termasuk Customer Feedback Survey (CFS) kepada JKNS.
- Memantau pelaksanaan dan pembayaran Program Kelestarian seperti yang dinyatakan di dalam kontrak Perjanjian. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program Kelestarian adalah Program Pengurusan Tenaga (EM), Program 3R (Reduce, Reuse & Recycle), Program Indoor Air Quality (IAQ) dan Pengiktirafan Bangunan Hijau (Green Building).
- Menyediakan nasihat teknikal mengenai isu-isu fasiliti dan peralatan hospital serta cadangan dalam masa yang dipersetujui.
|
Piagam Pelanggan
- Memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan perkhidmatan sokongan hospital yang diberikan di HCJ adalah yang terbaik.
- Memberi keutamaan kepada peralatan atau sistem kritikal bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.
- Melaksana pemantauan berkesan terhadap aduan-aduan yang dikemukakan oleh pihak pengguna sekiranya aduan tersebut tidak dapat ditangani oleh syarikat konsesi.
- Memastikan aset tak alih didaftarkan agar dapat di selenggara dengan baik dan efisyen mengikut tatacara yang ditetapkan.
|
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
8:00 Pagi - 5:00 Petang
|