NAMA JABATAN

JABATAN PATOLOGI

 

Pengenalan

Perkhidmatan Patologi Hospital Cyberjaya telah beroperasi secara rasmi pada 11 November 2022 di bawah seliaan Perkhidmatan Patologi Negeri Selangor. Perkhidmatan diagnostik dan konsultasi makmal perubatan yang ditawarkan merangkumi Patologi Kimia, Hematologi, Perubatan Transfusi, Mikrobiologi Perubatan dan Patologi Anatomik kepada pelanggan Hospital Cyberjaya dan klinik kesihatan di bawah seliaan.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang tepat untuk penjagaan pesakit dan kesihatan komuniti.

Misi:

  • Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik dan perundingan berkualiti tinggi yang memenuhi jangkaan pelanggan.
  • Untuk menjadi pemacu kepada perkhidmatan kesihatan yang holistik dan berkualiti tinggi melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan modal insan; dan
  • Untuk membentuk dan menjana profesional kesihatan yang cekap, berpengetahuan dan inovatif.

Objektif:

  • Menyediakan perkhidmatan konsultasi dalam pelbagai bidang patologi.
  • Menyediakan perkhidmatan berterusan selaras dengan kemajuan diagnostik dan teknologi terkini.
  • Memastikan perkhidmatan makmal menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Melatih kakitangan agar cekap, kompeten dan berkemahiran tinggi.

 

Carta Organisasi

 

 

-Dalam proses jabatan-

 

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan ini menyediakan pelbagai aspek pengurusan pesakit seperti ujian saringan, ujian diagnostik, penentuan prognosis dan pemantauan rawatan. Penglibatan patologi adalah penting kepada pengurusan pelbagai disiplin. Jabatan ini mempunyai 6 unit yang terdiri daripada:

  • Unit Penerimaan & Pengurusan Sampel.
  • Unit Patologi Kimia.
  • Unit Hematologi.
  • Unit Mikrobiologi Perubatan.
  • Unit Perubatan Transfusi.
  • Unit Patologi Anatomik.

 

Piagam Pelanggan

Memastikan semua laporan makmal adalah tepat dan mematuhi LTAT (Lab Turnaround Time).

 

Waktu Operasi

Makmal Patologi menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi ujian rutin untuk Unit Patologi Kimia, Hematologi dan Perubatan Transfusi. Unit Mikrobiologi Perubatan menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk BFMP, ujian rapid, ujian kultur & sensitiviti CSF serta ujian virologi urgent. Pengurusan sampel Unit Patologi Anatomik hanya pada waktu pejabat.

Waktu pejabat

Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Selepas waktu pejabat

Isnin hingga Jumaat : 5.00 petang hingga 8.00 pagi

Sabtu dan Ahad

dan Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 8.00 pagi (24 jam)