NAMA JABATAN

JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL

 

Pengenalan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Cyberjaya mula beroperasi sejak Februari 2023 dan merupakan salah satu perkhidmatan klinikal teras. Ia menyediakan perkhidmatan Klinik Pakar, ‘Liaison Psychiatry’, menyaring dan merawat pesakit yang memerlukan kemasukan ke wad psikiatri ke hospital terdekat dan pengesahan Orang Kurang Upaya (OKU) Mental. Ini adalah selaras dengan Polisi Kesihatan Mental Kebangsaan, iaitu sebagai hospital yang mempunyai Pakar Psikiatri Residen.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Mewujudkan komuniti yang sihat dari segi kesihatan mental, hidup berharmoni dan menghormati pesakit yang mengalami gangguan mental.

Misi:

  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang profesional, komprehensif dan berkualiti kepada semua pesakit mengikut standard dan etika profesional.

Objektif:

  • Memberikan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan.
  • Memberikan latihan dan pendidikan psikiatri dan kesihatan mental kepada kakitangan dan para pelanggan.
  • Menggalakkan penglibatan kakitangan dalam penyelidikan-penyelidikan dan program peningkatan kualiti.

                                                                                                          

Carta Organisasi

 

-dalam proses jabatan-

 

Perkhidmatan

Rawatan pesakit luar merupakan skop utama servis kami memandangkan tiada wad psikiatri bagi pesakit-pesakit psikiatri yang memerlukan kemasukan. Klinik Psikiatri terletak di Klinik Pesakit Luar Jabatan Perubatan di Aras 2 hospital. Sejak servis dimulakan, rujukan kes banyak di terima dari fasiliti-fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Walaupun terdapat peningkatan kes di klinik, namun kekurangan pegawai perubatan menyebabkan bilangan rujukan kes yang diterima terpaksa dihadkan bagi mengelakkan ketidakcekapan servis.

Perkhidmatan yang ditawarkan:

a)    Klinik Pesakit Luar (Klinik Pakar)

-        dewasa (termasuk kanak-kanak, geriatrik dan staf)

-        Triaging dan Walk-in

b)    Perkhidmatan pesakit kecemasan (Jabatan Kecemasan)

c)     Perkhidmatan pesakit di wad (Consultation-Liaison)

d)    Menyediakan laporan perubatan

 

Piagam Pelanggan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Cyberjaya akan:

  1. Menjaga maruah dan kerahsiaan setiap pesakit tanpa mengira bangsa atau agama.
  2. Merawat semua pesakit yang mendapat rawatan psikiatri.
  3. Merawat semua pesakit dengan hormat, rendah diri, dan penuh kesopanan serta kesabaran.
  4. Memastikan setiap pesakit atau waris mereka diberikan penjelasan yang jelas mengenai diagnosis, prosedur rawatan yang dicadangkan termasuk risiko, manfaat, dan pilihan lain yang disepakati oleh kedua-dua pihak.

 

Waktu Operasi

 

Klinik Pakar

Setiap hari KECUALI Sabtu & Ahad