NAMA JABATAN
UNIT KESELAMATAN
|
Pengenalan
Unit Keselamatan terletak di Aras 1, lobi utama Hospital Cyberjaya. Organisasi ini di bawah Bahagian Pengurusan. Fungsi utama adalah bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan organisasi pada tahap yang maksima. Kakitangan Unit Keselamatan merupakan Pegawai Kader daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.
|
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Unit Keselamatan sebagai pusat pengurusan keselamatan perlindungan Hospital yang cemerlang berteraskan Arahan Keselamatan dan pekeliling Kementerian bagi menyokong dan mendorong ke arah mencapai visi Hospital.
Misi:
Memberi perkhidmatan yang professional, berintegriti dan berakauntabiliti bagi mewujudkan suasana hospital yang selamat dan sejahtera demi menjaga imej hospital.
Objektif:
- Memastikan 90% kehadiran pengawal keselamatan mematuhi kontrak.
- Memastikan anggota keselamatan yang siapsiaga dan kompeten.
- Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga hospital secara berhemah dan proaktif.
- Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.
|
Carta Organisasi
-dalam proses jabatan-
|
Perkhidmatan
- Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Jabatan/Bahagian/Unit yang terletak di Hospital Cyberjaya dengan tujuan membantu memberi khidmat nasihat dari segi keselamatan Fizikal, Dokumen, Peribadi dan ICT.
- Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat mengenai perkhidmatan kawalan keselamatan swasta untuk hospital serta menjadi ahli jawatankuasa validasi dan pemantauan Hospital Cyberjaya.
- Melaksanakan tanggungjawab kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan dalam melaksanakan dan memastikan kesempurnaan tugasan operasi yang ditetapkan.
- Merancang dan menguruskan latihan keselamatan kepada semua warga Hospital Cyberjaya melalui kursus-kursus, ceramah, taklimat, bengkel, seminar dan sebagainya.
- Melaksanakan kajian terhadap peraturan-peraturan keselamatan sedia ada, merancang dan mengatur peraturan-peraturan baru jika perlu serta melaksanakannya dengan persetujuan pihak Hospital Cyberjaya.
|
Piagam Pelanggan
Kami beriltizam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan: Membuat kawalan keselamatan 24 jam sehari. Menjalankan rondaan keselamatan 2 syif setiap hari. Menyediakan laporan kes keselamatan yang sistematik dan berterusan. Mengambil tindakan (respon) terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh 10 minit dan laporan kes 24 jam.
|
Waktu Operasi
|