a. Caj Kemasukan Wad

  • Kadar bayaran deposit kemasukan wad di Hospital Cyberjaya adalah bergantung kepada jenis perubatan dan mengikut kelas yang telah ditetapkan. Semua pesakit dikehendaki membayar deposit apabila dimasukkan ke wad.
  • Orang Awam Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing perlu membayar wang cagaran seperti yang telah ditetapkan ketika pendaftaran.
  • Kakitangan Kerajaan perlu mengemukakan Surat Pengesahan Kakitangan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan tempat pesakit/waris bertugas. (Sila maklumkan kepada petugas kaunter sekiranya pesakit / waris hendak menggunakan GL online HRMIS, dan sertakan sekali no. kad pengenalan pesakit/ waris yang berkenaan untuk memudahkan petugas kaunter mencari data pesakit/waris di dalam sistem HRMIS).
  • Pesara Kerajaan perlu mengemukakan kad pesara bersama salinan kad pesara semasa pendaftaran.
  • Kakitangan Swasta yang berdaftar dengan KKM perlu mengemukakan Surat Jaminan Syarikat Swasta tempat pesakit/waris bertugas untuk dikecualikan dari membayar deposit.
  • Pelajar Sekolah/Pelajar IPT Awam perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar dari sekolah/IPT.


b.  Caj Wad (sehari)

  

Kelas Wad Warganegara Bukan Warganegara
 Kelas 1

Bilik 1 katil 

RM 120 RM 320

Bilik 2 katil

RM 90 RM 240

Bilik 3 katil atau lebih

RM 60 RM 200

Kelas 2

RM 40 RM 180

Kelas 3

RM 3 RM 160

 

c.  Caj Rawatan (sehari)

 

  Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga

Warganegara

RM 15 RM 5 Percuma

Bukan Warganegara

RM 100 sehari

Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.

 

 

d. Caj Bersalin

   i) Warganegara

Jenis Kelas Dua Kelas Tiga
Pembedahan Caesarean RM 400 RM 100
Bersalin Forcep RM 200 RM 50
Bersalin Breech RM 200 RM 50
Bersalin Biasa RM 150 RM 10

Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.

  ii) Bukan Warganegara

Jenis Fi
Pembedahan Caesarean RM 3,021
Bersalin Forcep / Breech / Vacuum RM 2,593
Bersalin Kembar RM 2,593
Bersalin Biasa RM 2,593
Caj Bilik Bersalin (BLKB) RM 300

Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan. 

 

e. Caj Klinik Pakar

 

Kes Rujukan Warganegara Bukan Warganegara
Hospital/ Klinik Kerajaan Temujanji Pertama - Percuma RM120.00 (tidak termasuk ujian, rawatan dan siasatan)
Temujanji Seterusnya - RM5
Hospital/ Klinik Swasta Temujanji Pertama - RM30
Temujanji Seterusnya - RM5

Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.