NAMA JABATAN
JABATAN PEMBEDAHAN AM
|
Pengenalan
Jabatan Pembedahan Am Hospital Cyberjaya telah mula beroperasi sejak 11 November 2022. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pembedahan am termasuk perkhidmatan pembedahan elektif dan juga kecemasan.
|
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi secara belas kasihan, penyelidikan dan inovasi, serta melatih kakitangan pembedahan profesional generasi seterusnya.
Misi:
- Menyediakan suasana kecemerlangan pembedahan dan kerja berpasukan.
- Memupuk dan memajukan moral dan etika tertinggi dalam persekitaran penuh belas kasihan dan penilaian kritikal.
- Menyediakan persekitaran pembelajaran dan inkuiri yang berterusan.
- Membangunkan kerjasama dalam mencapai misi bersama yayasan, agensi dan individu kesihatan.
Objektif:
- Menyediakan perkhidmatan yang selamat berfokuskan pesakit dan cekap serta komited kepada latihan.
- Mengamalkan inisiatif WHO “Safe Surgery Saves Lives”.
- Memberi fokus kepada kesejahteraaan dan kualiti hidup melalui pendidikan kesihatan dan kecemerlangan klinikal untuk memupuk komuniti maju, berdisiplin dan berdaya saing.
|
Carta Organisasi

-dalam proses jabatan-
|
Perkhidmatan
Jabatan pembedahan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut:
- Perkhidmatan Pesakit Luar
- Perkhidmatan Pesakit Dalam
|
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur.
- Masa 30 minit dari daftar kemasukan dibuat sehingga pesakit diterima masuk wad.
- Penempatan dilakukan dalam masa 20 minit pesakit dimasukkan ke wad.
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 60 minit.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan, segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
|
Waktu Operasi
Klinik Pakar:-
Setiap hari KECUALI Sabtu & Ahad dan Cuti Umum
8.00 pagi – 1.00 tengah hari
|