NAMA JABATAN

JABATAN PEDIATRIK

 

Pengenalan

Jabatan Pediatrik Hospital Cyberjaya telah memulakan perkhidmatannya pada 7 November 2022. Jabatan Pediatrik menawarkan perkhidmatan rawatan serta penjagaan am yang optima dan berkualiti untuk bayi yang baru lahir dan kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun.  Perkhidmatan jabatan ini terdapat di Wad Pediatrik Am (Wad 7A), Unit Rawatan Intensif Neonate (Neonatal Intensive Care Unit, NICU) dan Unit Khas Perawatan Bayi (Special Care Nursery, SCN) dan Klinik Pakar Pediatrik.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadikan Jabatan Pediatrik Hospital Cyberjaya sebagai jabatan yang komprehensif dalam perawatan kanak-kanak dan sebuah pusat kecemerlangan dalam menyediakan penjagaan kesihatan menyeluruh untuk kanak-kanak di hospital dan komuniti.

Misi:

  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan selamat untuk semua kanak-kanak secara holistic untuk kesihatan yang optimum.
  • Bekerja sebagai satu pasukan professional untuk menyampaikan perkhidmatan dengan optimum.
  • Menekankan hak kanak-kanak semasa membuat keputusan.
  • Mempromosikan dan memperjuangkan kesejahteraan kanak-kanak ke arah masyarakat yang sihat.
  • Menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan menyokong perkembangan dan pembelajaran dikalangan kakitangan jabatan.
  • Menggalakkan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak.

Objektif:

  • Menyokong dan membantu para professional perubatan sentiasa memperbaharui kemajuan dalam kepakaran perubatan pediatrik.
  • Memastikan budaya audit terhadap tahap pekhidmatan berterusan untuk penambahbaikan masa hadapan.

 

 

Perkhidmatan

Jabatan Pediatrik mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi supaya keperluan dan kepuasan pelanggan tercapai. Ini dipastikan melalui semangat kerja berpasukan, berprofessionalisme, prihatin dan inovasi yang diamalkan oleh kakitangan di jabatan ini. 

Antara perkhidmatan sub-kepakaran yang ditawarkan:

  • Pediatrik Am
  • Neonatologi

 

Piagam Pelanggan

  1. Setiap kanak-kanak akan diberi rawatan perubatan berkualiti yang sewajarnya tanpa mengira agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.
  1. Setiap kanak-kanak serta ibu bapa akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  1. Setiap kanak-kanak serta ibu bapa diberi jaminan bahawa kehormatan mereka akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  1. Setiap kanak-kanak dan ibu bapa akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  1. Setiap kanak-kanak dan ibu bapa akan diberi perkhidmatan secepat mungkin.

 

Waktu Operasi

 Klinik Pakar:-

Isnin, Selasa, Rabu & Khamis KECUALI Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

8.00 pagi – 1.00 tengah hari