NAMA JABATAN

UNIT HAL EHWAL ISLAM

 

Pengenalan

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) Hospital Cyberjaya mula beroperasi pada 1 Disember 2022. Penubuhan UHEI adalah sebagai satu mekanisme kearah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penghayatan nilai-nilai Islam peringkat Hospital Cyberjaya.

Selain itu, UHEI juga bertindak sebagai penyelaras Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Cyberjaya.  Program HMI ini merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam di hospital merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian.  Program ini dikhususkan kepada kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit dan waris yang beragama Islam.  Justeru itu pada 7 Januari 2023, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI) Hospital Cyberjaya telah ditubuhkan sebagai pemudahcara dalam menyampaikan informasi berkaitan fiqh perubatan terutama yang melibatkan pengurusan solat dan ibadah pesakit.

Bagi fasiliti ibadah pula, UHEI turut memainkan peranan penting dalam menyelaras dan memantau hal-hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran musolla di Hospital Cyberjaya.  Bagi memartabatkan peranan musolla sebagai institusi pembangunan ummah, Musolla Ibnu Sina dan Musolla Kuarters Kakitangan Hospital Cyberjaya telah didaftarkan sebagai musolla utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 4 Mac 2024. Kedua-dua musolla ini turut dijadikan sebagai pusat pengimarahan program dan aktiviti keagamaan dalam pelbagai aspek seperti kemasyarakatan, kebajikan, ekonomi, sahsiah dan lain-lain.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan hal ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.

Misi:

Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.

Objektif:

  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
  • Menjadikan Program Hospital Mesra Ibadah sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
  • Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).
  • Menyebar, memupuk dan membimbing ke arah pemantapan ajaran Islam kepada kakitangan Islam Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan kaedah yang berkesan dari segi aqidah, syariah, akhlak dan muamalah Islam demi melahirkan generasi umat Islam yang komited, amanah dan berhikmah;
  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan Hal Ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
  • Menerapkan budaya kerja sebagai satu ibadah dalam kehidupan dan kesedaran mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai satu Amanah
  • Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.

 

Carta Organisasi


Perkhidmatan

Skop perkhidmatan dan fungsi utama yang disediakan oleh UHEI Hospital Cyberjaya adalah seperti berikut:

Sebanyak 5 program utama telah dirangka bagi meningkatkan kefahaman dalam penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada pegawai/anggota/kakitangan di Hospital Cyberjaya selaras dengan kehendak dan keperluan semasa dengan berlandaskan syariat Islam berdasarkan ciri-ciri keutamaan seperti berikut:-

 

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kerahsiaan maklumat peribadi akan dipelihara.
  • Pelanggan akan diberikan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang bermutu, bersepadu dan profesional mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
  • Pelanggan akan disediakan pelbagai program pembangunan insan dari segi rohani dan jasmani dengan kaedah yang menarik dan mudah difahami.
  • Pelanggan akan diberikan latihan secara berhikmah, terancang dan berkualiti (teori atau praktikal) merangkumi bidang aqidah, ibadah, akhlak dan sosio budaya dengan berlandaskan syariat Islam.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

 

PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)

Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan keperluan penjagaan spiritual (spiritual care) pesakit dikenalpasti dan dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (healthcare provider).

Penerimaan dan perhatian pesakit di hospital dan institusi kesihatan terhadap perkhidmatan penjagaan spiritual (spiritual care) semakin meningkat di kebanyakkan negara.  Pesakit dirawat secara holistik dengan mengambil kira kepercayaan masing-masing bukan sahaja untuk membantu mereka memahami tentang kesihatan dan penyakit tetapi juga bagi tujuan terapeutik dan penyembuhan.

Visi:

Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.

Misi:

Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani.

Objektif:

  • Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan; dan
  • Memastikan kakitangan hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas.

Carta Organisasi 

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI)

 

 


Perkhidmatan

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI), Hospital Cyberjaya berusaha untuk mewujudkan suasana hospital yang mesra ibadah kepada kakitangan hospital dan pesakit/ahli keluarga/waris untuk melaksanakan solat/ibadah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya.

Kemudahan dan peralatan yang disediakan di wad-wad merangkumi perkara berikut:-

  1. Orientasi pesakit berkaitan kemudahan ibadah

  2. Musolla di setiap aras

  • Tanda arah kiblat
  • Telekung
  • Sejadah
  • Al-Quran
  • Surah yasin
  • Rehal
  • Kerusi solat

  3. Tanda arah kiblat

  4. Troli Mesra Ibadah

  • Botol semburan wuduk
  • Debu tayamum
  • Telekung
  • Sejadah
  • Naskah al-quran
  • Surah yasin 
  • Buku panduan solat dan ibadah/risalah keagaman
  • Kod QR e-Risalah Pengurusan Solat/Ibadah Pesakit

  5.  Jam azan digital

  6.  Bacaan doa pagi secara langsung melalui interkom

  7.  Pengumuman masuk waktu solat fardu

Kidmat nasihat hal ehwal Islam dan penjagaan spiritual

 

Aktiviti Utama

Aktiviti utama Program HMI Hospital Cyberjaya adalah seperti berikut:

MUSOLLA HOSPITAL CYBERJAYA

Bagi memantapkan lagi fasiliti ibadah di Hospital Cyberjaya, sebanyak 2 jawatankuasa musolla telah ditubuhkan untuk mentadbir urus musolla disamping menyelaras program dan aktiviti pengimarahan.  Pemilihan ahli Jawatankuasa Musolla Ibnu Sina dan Jawatankuasa Musolla Kuarters Kakitangan Hospital Cyberjaya adalah dalam kalangan pegawai/anggota/kakitangan hospital dan penghuni kuarters.

Waktu Operasi