a) Caj Laporan Perubatan
Jenis Laporan | Warganegara | Bukan Warganegara |
Laporan ringkas/pendapat disediakan oleh Pegawai Perubatan | RM 40 | RM 120 |
Laporan ringkas/pendapat disediakan Pakar | RM 80 | RM 240 |
Pendapat lengkap disediakan oleh Pakar | RM 200 – 1000 | RM 400.00 hingga RM2,000.00 bergantung kepada kerumitan kes bagi penyediaan laporan. |
b) Prosedur Permohonan Laporan Perubatan
i) Membuat permohonan bertulis :
|
|
Melampirkan borang yang berkaitan jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insurans, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya. |
ii) Permohonan di kaunter:
- Pesakit hadir sendiri dengan membuat permohonan melengkapkan borang permohonan.
- Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan waris/pesakit
- Salinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil
- Melampirkan borang yang berkaitan jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insurans, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.
- Membuat bayaran bagi permohonan laporan perubatan (rujuk caj laporan perubatan)
iii) Surat Keizinan:
- Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit ataupun waris. Salinan Sijil Nikah / Sijil Kelahiran pemohon menunjukkan pertalian pesakit.
- Jika pesakit meninggal dunia, pengesahan waris yang sah disegi undang-undang perlu menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti.
- Permohonan Laoran Perubatan bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan / meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan dengan surat keizinan dari pihak Kedutaan Negara berkenaan.
- Bagi pesakit berumur bawah 18 tahun atau pesakit yang tidak sedarkan diri atau kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia surat keizinan dari waris terdekat diperlukan.