Hospital Kluster Klang Valley 4 (HKKV4) adalah gabungan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Kajang (HKjg), Hospital Cyberjaya (HCj) dan Institut Kanser Negara (IKN).

Kluster Klang Valley 4 (KKV4) merupakan salah satu daripada empat (4) kluster hospital di Lembah Klang yang secara rasminya bermula pada November 2023. HKKV4 terdiri daripada Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang sebagai Lead Hospital (LH) dan Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Kajang (HKjg), Hospital Cyberjaya (HCj) serta Institut Kanser Negara (IKN) sebagai Non-Lead Hospital (NLH).

Tujuan utama pembentukan HKKV4 adalah untuk mengurus dan menyelaras perkhidmatan secara lebih efektif melalui perkongsian dan pengoptimaan sumber bersesuaian dengan keperluan pesakit.