NAMA JABATAN

JABATAN OTORINOLARINGOLOGI

 

Pengenalan

Jabatan Otorinolaringologi telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 April 2023. Perkhidmatan Otorinolaringologi beroperasi dengan 2 pakar bedah ORL, 4 pegawai perubatan, 3 pegawai pemulihan audiologi, 2 pegawai pemulihan pertuturan, 3 pembantu pegawai perubatan, 2 jururawat terlatih dan seorang pembantu perawat kesihatan MyStep yang dimasukkan secara berperingkat. Sehingga Disember 2023, 3 orang pegawai perubatan, 2 orang PPP dan seorang Ketua Jururawat telah keluar dari Jabatan atas pelbagai sebab.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadi pemangkin dalam mencapai satu suasana dimana semua individu yang mempunyai masalah Otorinolaringologi dapat kembali menyumbang kepada masyarakat, mortaliti dan morbiditi dari penyakit Otorinolaringologi dapat dicegah pada tahap maksima dan setiap individu dan keluarga akan bersama-sama terlibat dalam menangani masalah penyakit Otorinolaringologi.

Misi:

Menyediakan perkhidmatan berkualiti, effisen, kos efektif dan dengan menggunakan kaedah rawatan terkini yang diberikan oleh pasukan kakitangan Otorinolaringologi yang terlatih, prihatin dan komited, melibatkan kerjasama diantara individu dan masyarakat dalam mempromisikan kesihatan Otorinolaringologi dan seterusnya mewujudkan dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan secara berterusan.

Objektif:

Menyediakan khidmat rawatan kepakaran yang komprehensif, efisien dan terkini dalam bidang Otorinolaringologi, kepala dan leher yang merangkumi aspek-aspek pencegahan, rehabilitasi, latihan dan penyelidikan, disamping memberi rawatan secara berpasukan dengan lain-lain kepakaran bila diperlukan.

 

Carta Organisasi

-dalam proses jabatan-

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Otorinolaringologi termasuk:

  1. Klinik pesakit luar
  2. Perkhidmatan atas panggilan dan rawatan pesakit dalam
  3. Prosedur diagnostik fine needle aspiration cytology
  4. Pembedahan bius lokal, daycare, elektif dan kecemasan
  5. Saringan pendengaran bayi
  6. Pemeriksaan diagnostik dan terapi pendengaran kanak-kanak dan dewasa
  7. Terapi bahasa, pertuturan dan suara kanak-kanak dan dewasa
  8. Pemeriksaan diagnostik dan terapi proses menelan
  9. Perkhidmatan klinik pesakit luar Jabatan ORL dijalankan setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat. Perkhidmatan termasuk konsultasi, prosedur diagnostik seperti endoskopi hidung dan tekak, examination of ear under microscope dan sebagainya.
  10. Pembedahan elektif Jabatan ORL sehingga Jun 2023 dilakukan 2 minggu sekali, seterusnya hari Selasa setiap minggu. Manakala pembedahan bius lokal dan kecemasan dilakukan pada hari yang sama bila diperlukan.

 

Piagam Pelanggan

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh mesra, bertimbangrasa, hormat dan ikhlas.
  2. Perkhidmatan sebaik mungkin akan diberikan secara professional tanpa mengira ras, agama atau taraf sosioekonomi.
  3. Pesakit yang mempunyai temujanji akan dipastikan dipanggil untuk bertemu doktor dalamasa satu jam selepas didaftarkan.
  4. Bagi pesakit baru yang dirujuk ke klinik ini, mereka akan ditapis untuk menilai tahap ‘severity’ penyakit. Pesakit kecemasan akan dilihat pada hari yang sama manakala pesakit yang tidak kecemasanakan diberi tarikh temujanji bergantung kepada kekosongan yang ada.
  5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas tentang penyakit, prosedur dan rawatan yang akan diberikan.

 

Waktu Operasi

 

Klinik Pakar:-

Setiap hari KECUALI Sabtu & Ahad

8.00 pagi – 1.00 tengah hari

2.00 petang – 5.00 petang